Saya tertarik dengan isu yang agak hebat diperkatakan sejak beberapa hari lepas berhubung dengan masalah Hak Cipta Ombak Rindu. Satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan penulis-penulis novel kerana tidak ramai pihak yang hendak membantu untuk menjaga kepentingan penulis itu sendiri. Mungkin disebabkan maklumat yang kurang jelas dan agak terbatas untuk diketahui. Bagi penulis remaja pastinya tidak ghairah untuk mendapatkan khidmat peguam dan menyerahkan segalanya pada pihak penerbit. Pada kita , ada pihak hendak terbitkan buku kitapun kita sudah cukup gembira.
Secara umum, kebanyakan penulis novel terabai hak penciptaan mereka. Nilai hakcipta menjadi sangat tinggi apabila hasil karya kita mendapat perhatian secara tidak disangka. Selalu kita jarang menduga buku atau novel kita akan mendapat label "box office" , menyebabkan kita yang minat berkarya sekadar merealisasikan bakat yang ada dan sangat bersyukur bila pihak penerbit ingin terbitkan buku kita. Letaklah apa syarat sekalipun dalam Surat Perjanjian Hak Cipta , kita akan terima kerana pada kita "apalah sangat" modal penceritaan kita ! Pihak Penerbit juga tidak tahu bagaimana sambutan buku kita dan kita juga tidak tahu bagaimana penerimaan pembaca terhadap buku kita.
Saya percaya ramai penulis muda diluar sana mempunyai dilema yang sama begitu juga dari pihak penerbit. Kita mengambil jalan tengah asalkan kedua-dua pihak tidak rugi. Tetapi apabila isu Hak Cipta Ombak Rindu mendapat perhatian , saya tergerak untuk turut menekankan bahawa sudah sampai masanya kita "celik mata" bahawa generasi baru kita boleh pergi jauh dalam bidang penulisan novel. Anak gadis saya juga sudah berjinak jinak menulis novel walaupun pendek tetapi kelihatan sudah mempunyai bakat. Sebagai , ibu saya mengalakkan beliau meneroka satu bidang yang ingin diterokainya , katanya pada saya "one day , I want to be the first Malay writer who writes English Best Seller !". Menjadi penulis novel kini sudah boleh menjadi satu kerjaya yang lumayan kalau kita tahu caranya . Bakat itu Anugerah dari Allah dan tidak semua orang memlikinya . Jadi apabila kita diberi Anugerah itu, guna sebaiknya dan lindungi ia sebaik mungkin.
Bagi penulis penulis novel diluar sana , sila email saya untuk mendapat contoh Surat Perjanjian Hak Cipta yang dapat membantu untuk melindungi karya anda semaksimum yang boleh.




