Sekiranya anda mahu mendaftarkan Jenama , maklumat berikut diperlukan:
1. Beri sample Jenama /Logo
2. Nyatakan Kelas atau nama barang/perkhidmatan yang mahu didaftarkan
3.Nama dan alamat
Sila email pada saya, rozarita@rozaritakamal.com ,
saya akan memberi nasihat dan maklumat diperlukan secepat mungkin.
Jenama adalah satu cara untuk memberitahu , menceritakan kualiti , siapa pengeluarnya , dimana ianya dibuat , kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain, semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Apa yang anda boleh ingat apabila Jenama dibawah di sebut ?
Adidas, KFC, Hilton, Mandarin Oriental, Tag Heur, Habib Jewel, Kamdar, Giant, Cold Storage, Nestle, Rizalman , Astro, Prada, Harvard, Thomas Cook, Ayamas, Guess, Zara , Pensonic, MapleStory, Gleneagles, Guardian, Watson, Dunkin Donut.
Mengapa anda tidak mahu jadi seperti mereka memilih Jenama yang betul dan berkualiti serta bergerak diatas konsep yang betul ?
Info
OBJECTION MATTERS - (understanding why a mark being objected)
(Manual of Trade Mark Law & Practice in Malaysia)In deciding any question of possible conflict between two application or between an application and a registered trade mark , there are two main factors before raising an objection under this Section 19(1)and (2). These are :
- whether the marks are identical or so nearly resemble each other as to be likely to deceive or cause confusion ; and- whether the marks are used on the same goods or services , the same description of goods or services , or whether the goods and services are closely related.* When comparing cases, Examiners should always consider each mark as a whole. It is clear that marks are identical if they are the same in every detail when compared side by side. The test for deciding whether the marks so nearly resemble each other are established in case of law as below:
1. Imperfect Recollection
2.Appearance and Sound
3. Essential Feature
4.Composite Marks
5.Idea of Marks
6.Device Marks
7.Related Marks - confusion
8.Contextual Confusion of Marks
9. Comparing Goods and Services
10.Cross search
11.Co-pending Conflicts
12.Conflicting Marks
13.House Mark
Dalam lain perkataan , sekiranya permohonan anda dibantah di bawah Section 19(1) dan (2) , bermakna Pemeriksa telah membuat pemeriksaan bagi semua di atas dan salah satu tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Jadi kalau anda lepas dari No. 1 - 13, mereka akan "proceed" permohonan anda .
Apa yang kita TAHU tentang Trade Mark ?
Apabila kita hendak berjaya dalam apa juga bidang, kita mesti ada "pengetahuan". Kalau tak ada kita kena cari dan paling mudah banyak bertanya. Pepatah orang tua "Malu bertanya sesat jalan". Kita kena akur kita tak boleh pandai dalam semua bidang, sebab itu kita kena berguru dan banyak membaca.
Pengetahuan tentang bagaimana nak reka Trade Mark jarang kita tahu, kita tengok Trade Mark orang , kita pun reka satu "nama". Setiap Trade Mark ada sejarah masing masing...kita tengok orang guna "CAP AYAM" kita pun guna "CAP DUA AYAM". Kita ambil mudah. Kita ambil mana mana gambar ayam dalam buku. Kita photostat dan letak nama "CAP DUA AYAM". Kita pula jual "ayam goreng". Mana silapnya?
Melalui pengalaman saya, amat jarang sekali saya dapat melihat pengusaha di Malaysia yang dapat mencipta Trade Mark yang bagus dibandingkan di luar negara. Seperti contoh diatas, seorang pengusaha di Malaysia hanya perlu masa yang sangat sedikit dan hampir tiada kos langsung untuk mencipta satu Trade Mark. Bolehkah kita mendapat Trade Mark yang bagus ? Berapa lama Trade Mark itu boleh bertahan? Mana silapnya?Di Negara negara maju, usaha untuk mencipta Trade Mark adalah langkah yang paling utama sebelum mereka menjalankan perniagaan. Mereka mendapatkan nasihat pakar untuk mencipta Trade Mark yang bagus . Banyak kajian dan usaha untuk mempastikan nama yang dicipta dapat pergi sejauh mungkin. Mereka mahu menakluk 'dunia produk" dengan nama yang dicipta bukan hanya diperingkat daerah, tapi peringkat nasional dan global.Oleh itu , asas kejayaan ialah "pengetahuan". Dengan adanya "pengetahuan" kita akan dapati bahawa Trade Mark bukanlah hanya sekadar nama tetapi adalah "HARTA INTELEK". Kunci pada sesuatu organisasi dimulai dengan sebuah nama. Lihat saja, Coca Cola, ADIDAS, KODAK....dan malangnya nama Trade Mark dari MALAYSIA amat sedikit terdengar dan terlihat. Kalau tidak adanya PROTON, PETRONAS, amat malu hendak dinilai tahap pengetahuan kita mengenai "HARTA INTELEK".
Kita perlu bina lebih banyak "Trade Mark" yang gah ... melalui "pengetahuan".
2 comments:
Assalamualaikum...
Insya Allah saya cuba mengharumkan nama Malaysia dengan menggunakan Trade Mark saya yang dalam proses pendaftaran. Tetapi, mengapa proses Harta Intelek terlalu lama untuk menunggu ??? Sehingga 3 / 5 tahun...
Jika saya menghuraikan semua kajian yang telah dibuat oleh saya sendiri, adakah Myipo.gov.my boleh meluluskan permohonan Harta Intelek dalam waktu yang singkat ???
Tetapi, saya masih tetap berusaha tentang apa yang saya cipta untuk Malaysia dan akan dibawa ke seluruh dunia.
Insya Allah...
On average , at present it takes only 2 years to complete the process of Registration of a Trade Mark.
Oleh itu, melalui blog ini saya cuba memberi tips supaya permohonan anda as "straight forward" .
Any info needed please do not hesitate to email me.
Post a Comment