
Setiap kali kita pergi ke Pasar, kita dapat bayangkan ianya kotor, busuk, suasana yang sesak dan tidak menyenangkan. Terdapat ramai penjual ikan, ayam, daging, sayur, barangan kering seperti bawang, ikan masin dan sebagainya.
Pernahkah kita lihat bawang yang kita beli dibungkus dengan Trade Mark (packaging) ?
Pernahkah kita lihat ayam dibungkus dengan plastik yang mempunyai Trade Mark?
Di Pasar, saya akan beli ayam dari mana mana peniaga. Peniaga tidak "membezakan" ayam dia kepunyaan A atau B. Kita tidak kisah , peniaga juga tidak kisah. Tapi kita lihat penjual ayam A telah menjual ayam bertahun tahun....
Inilah senario biasa yang berlaku di pasar pasar di Malaysia.
Saya cadangkan untuk dicuba :
1. Cipta satu Trade Mark untuk ayam yang kita hendak jual. Contoh "AYAM BINTANG"
2. Reka satu konsep "packaging" yang menarik. Contoh : kotak "HAPPY MEAL MC DONALD". Gunakan warna yang terang dan menarik. Cuba guna warna lain selain merah kerana plastik merah digunakan oleh terlalu ramai penjual. Tempah plastik yang lain dari yang lain dimana maklumat berikut ada pada plastik itu :
* nama syarikat
*alamat dan no. telefon
* Nama Trade Mark
*slogan yang menarik . Contoh " Ayam segar pilihan bijak"
*dapatkan "Tanda Halal"
3. Reka satu konsep pakaian yang menarik untuk dipakai oleh penjual. Warna yang terang .
4. Ubah konsep "tempat jualan" supaya menarik. Jangan guna meja yang sama seperti peniaga lain. Tempah supaya konsep meja kita lain dari yang lain.
Dengan tambahan modal untuk membuat perkara diatas, saya pasti pulangan anda akan lebih berganda.
Anda telah membuatkan anda seorang peniaga yang lain dari yang lain....
"Kreatif" itu kunci kejayaan ........
0 comments:
Post a Comment