Pada minggu lepas , saya menghadiri “Seminar Wanita , Ibu & Isteri" di Kuala Lumpur dan saya dapati majlis begini banyak dihadiri oleh wanita yang mempunyai kaitan dengan perniagaan untuk kaum wanita seperti direct selling, katering, salon kecantikan, tadika , pereka pakaian , aksesori dan barangan kecantikan. Perniagaan begini sudah begitu sinonim dengan kaum wanita terutamanya orang melayu.
Kita mempunyai ramai kaum wanita yang boleh berniaga tapi tidak ramai diantara mereka yang dapat pergi jauh selain dari berniaga didalam lingkungan yang terhad.
Saya cadangkan kepada wanita yang berniaga walau apa saja, yakinlah bahawa perniagaan anda boleh berkembang jauh dengan meletakkan perniagaan anda didalam internet. Terdapat banyak website yang boleh digunakan tanpa memerlukan apa-apa bayaran. Ini adalah untuk “memberitahu” kepada orang ramai apa yang kita boleh beri kepada mereka. Paling mudah mempunyai “blog” sendiri supaya anda boleh menyampaikan pengetahuan mengenai produk dan perkhidmatan anda secara yang lebih “up-to-date”.
Saya bertemu seorang wanita di Seminar tersebut yang menyatakan “Bila kita search kat internet semua informasi dari orang putih, susah nak dapat info/web dari orang melayu?” Jadi kalau kita berniaga “katering” , buat blog dan ceritakan apa yang anda beri, pakej A bagaimana, apa dia makanan yang dihidang, tips resepi, dimana lokasi anda , sejauh mana anda boleh beri perkhidmatan anda dan sebagainya.
Kalau anda buka “salon kecantikan’ ceritakan perkhidmatan anda, berapa bayarannya, pakej istimewa, dimana lokasi dan sebagainya.
Kalau anda ada “tadika” , ceritakan aktiviti tadika anda, pakej pembelajaran yang diberi, mengapa tadika anda lain dari yang lain , lokasi dan pembayaran yuran dan sebagainya.
Kalau anda jual aksesori dan ada banyak produk direct selling dari berbagai jenama, jadikan tempat anda “center” untuk mendapatkan product direct selling. Lihat konsep “carrefour”, “giant”, jadi satu tempat tapi ada banyak produk, anda ada aksesori, ada produk direct selling, ada pakaian, dan sebagainya. Anda seorang surirumah, tapi anda menyediakan berbagai produk dirumah. Kemudian “make known” apa yang anda ada melalui website dan blog.
Sekiranya semua kaum wanita bergabung , saya percaya bisnes kaum wanita bukanlah sekadar datang dari rumah kerumah malah kita membina networking yang lebih luas melalui internet.
Percayalah ianya akan menjadi trend business kaum wanita kalau kita mulakan dari sekarang dan semua memainkan peranan masing masing. Seperti article saya sebelum ini tentang “GULA” dan “AYAM”. Dulu, mana ada AYAM ada Trade Mark, mana ada GULA dan BERAS yang ada Trade Mark. Sekarang kita pening nak pilih BERAS yang mana satu, Gula yang jenis mana dan AYAM dari pengusaha yang mana satu ?

0 comments:
Post a Comment