
Dr Mahathir dikecam hebat kerana cadangannya untuk membina Jambatan Pulau Pinang. "Satu projek yang membazir" , itulah persepsi awal apabila satu cadangan yang dikira tak masuk akal diwaktu itu...Kini setelah 30 tahun , kita perlu membina satu lagi jambatan...
Apabila Dr Mahathir mencadangkan untuk membina banyak Lebuh Raya bertol di Malaysia, ramai yang membangkang kerana diwaktu itu mengapa guna jalanraya harus dikenakan bayaran. Tapi kini Lebuhraya di Malaysia sesak dengan kereta di mana mana ...
Mengubah minda bukan kerja mudah, apatah lagi apabila ianya membabitkan masa dan wang. Kita susah nak terima kepentingan Harta Intelek dalam hidup kita, tapi kita terlupa setiap hari kita hidup dengan "Harta Intelek".
Kereta jenama apa yang kita guna?
Baju brand apa kita pakai?
Jam jenis apa pilihan kita?
malah ada ketika kita pening melayan kerenah anak anak, seorang nak ke Mc Donald dan seorang nak ke Kentucky Fried Chicken.....







