Friday, March 03, 2006

Bolehkah "Nama Individu" digunakan sebagai Trade Mark ?

Nama Individu" boleh digunakan sebagai Trade Mark dengan syarat "Nama Individu" tersebut bukanlah nama yang "popular" or "common" di Malaysia. Nama yang tidak boleh digunakan sebagai Trade Mark seperti berikut :

Abdullah, Ahmad, Siti, Mariam, Norhayati, Muhammad, Zainudin, Farah dan seterusnya.

MENGAPA?

Ini adalah disebabkan contoh nama nama seperti diatas adalah nama yang biasa digunakan di Malaysia.

Sekiranya nama yang kita ingin gunakan "Unik" dan jarang digunakan di Malaysia , maka ini boleh digunakan sebagai Trade Mark. Gunakan "telephone directory" untuk mempastikan samada nama yang anda ingin gunakan jarang terdapat di Malaysia. Sekiranya bilangan nama tersebut hanya diantara 5-10 orang di Malaysia (berpandu pada Telephone Directory) , maka anda boleh gunakan sebagai Trade Mark. Sekiranya lebih dari bilangan tersebut , kemungkinan besar permohonan anda untuk mendaftarkan Nama tersebut akan di bantah oleh Pendaftar Cap Dagang.

Walau bagaimana pun, anda masih boleh menggunakan Nama Individu dengan kombinasi Logo. Ianya dapat memberi satu "imej" Trade Mark yang menarik dan yang penting "lain dari yang lain".

Seperti , artikle saya yang sebelum ini, saya menekankan supaya Trade Mark dicipta dengan "kreatif" dan "Unik". Tujuan kita supaya "nama " yang kita hendak"promote" terlebih dahulu nama yang dikategorikan sebagai "good Trade Mark".

Melalui saluran promosi barulah kita "polish" nama yang secara asasnya telah melepasi garis panduan sesuatu "Trade Mark".

Antara Trade Mark yang terkenal di Malaysia menggunakan "Nama Individu" seperti :

* Ramly Burger
* Sate Kajang Hj Samuri
* Kicap Cap Tamin

Contoh diatas adalah nama yang jarang terdapat di Malaysia , walaupun "Ramli" adalah nama common di Malaysia , tetapi pemilik Trade Mark , menggunakan "RAMLY" dimana "Y" adalah unik dari segi pengejaan. Jika anda perhatikan pada Trade Mark "Ramly burger" huruf "Y" yang besar digunakan.

Secara keseluruhannya Trade Mark diatas di "kombinasikan" dengan "logo".