Friday, January 18, 2008

Ebook

E-book bermaksud "Electronic Book". Bukan dalam bentuk buku konvensional kulit keras.

by rahsiaebook.com

Boleh dimuat turun dari laman web atau e-mel ke dalam komputer.

Boleh disimpan dalam bentuk digital atau elektronik.

Boleh disimpan di dalam CD, 'thumb drive', 'hardisk', disket. Mudah dipindah alih dan senang dibawa ke mana-mana.

Boleh dicetak ke printer untuk bacaan secara offline.

Boleh dihantar melalui e-mel dan diletakkan di dalam laman web.

Terdapat dalam 2 format yang popular iaitu .pdf dan .exe. Boleh dibaca melalui komputer samada di rumah, cyber cafe (CC), di pejabat atau dimana saja.

Boleh dilindungi oleh kata laluan atau "password". Fail e-book tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain. Ianya juga tidak boleh di 'copy' dan 'paste'. Ia milik anda dan pelanggan anda sahaja.


********


Saya dapati ramai yang berminat pada konsep ebook. ianya adalah salah satu bidang perniagaan yang sangat berkembang maju dewasa ini dimana penjualan buku hanya di lakukan melalui internet. Contoh mereka yang berjaya antaranya Irfan khairi.


Buku buku yang bercorak motivasi perniagaan, cara untuk buat duit melalui internet adalah judul yang tentu menarik ramai pembeli. Tentu ramai yang mahu berniaga sendiri dan boleh melakukan marketing sendiri melalui internet.


Maka tumbuhlah banyak web master yang mendapatkan

"penulis - penulis" untuk menulis ebook. Sebagai "penulis" anda "mesti" mengambil langkah bijak seperti yang telah saya bincangkan dalam artikle sebelum ini.

Kemudian barulah anda menandatangani kontrak dengan webmaster untuk ebook anda .

Kalau dulu , kita jumpa penerbit buku, untuk terbitkan buku kita , sekarang kita jumpa web master untuk "list"kan ebook anda .

Ianya adalah lebih baik kalau anda sendiri jadi "web master" untuk ebook anda. Kata pepatah alang alang pandai IT , belajar semua termasuk jadi web master dan dari situ anda boleh tulis ebook anda, anda boleh berniaga apa saja (contoh ebay).

Masalah timbul pada ebook, ialah web master mungkin tidak memberi jumlah sebenar penjualan ebook anda dan ini mungkin akan "affect" jumlah royalti anda. Jadi anda perlu berhati hati memilih web master.

Pastikan manuskrip anda telah anda "protect" seperti artikle saya sebelum ini sebelum anda beri pada web master untuk mereka menilai samada akan menerima ebook anda atau tidak. Kadang kadang , web master kata mereka tak dapat terima ebook anda dan sebulan kemudian anda lihat ebook itu telah berada di pasaran dengan nama penulis yang lain. Jadi berhati hatilah, hakcipta ebook sama seperti buku /novel/komik, mudah dieksploitasi oleh pihak yang berniat jahat. Sebab itu anda kena "smart". menjadi penulis bermakna anda seorang pemikir, so fikirkan hak anda dulu sebelum pergi jauh.

Apabila anda telah sediakan "bukti" ia adalah ebook anda, apabila ia dicetak rompak, ianya menjadi kerja yang mudah bagi peguam anda untuk ambil tindakan pada pihak berkenaan.

macam saya kata...

simple action BIG IMPACT...

# the above action applies for photography, songs, lyrics, artist, computer program, game etc.

# untuk ebook / buku guna NAMA anda sebagai Trade Mark. Atau nama samaran yang UNIK misalnya Jihaty Abadi, Zaihasra etc





0 comments: