PENGUMUMAN .

PENGUMUMAN .

Nasihat Percuma untuk mendapatkan pandangan berhubung Pendaftaran Trade Mark . Sila email kepada kami .
Trade Mark search percuma !
Ini adalah antara tanggungjawab sosial yang kami berikan dari masa ke semasa.


Rozarita Mokhtar
Registered Trade Mark Agent (4176)
November 2011
Tel / Fax : 603-41497985
Fax : 603-41494925
email : rozarita@rozaritakamal.com


.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

FOR ENGLISH READERS :

Please visit our website for information on Trade Mark registration in Malaysia.

www.rozaritakamal.com

The information provided at the website :

1. Procedures
2. Frequently asked question
3. Scale of Charges (please email to us for update)
4. Form of Authorisation (Form TM 1) and Statutory Declaration (please email to us for update format)

.

Why we are different !

ROZARITA KAMAL & CO

- established in 1996 - vast experience since 1986 - Trade Mark specialist especially in overcoming objection matter - minimise "possible objection" for new coined Trade Mark - guiding on how to develop new Trade Mark name with less risk of being objected - towards social contribution in advising , guiding and educating small-medium scale of business on IP matters - accurate and accepted mark for registration - easy to work with - we solve problems together !

Followers

Sekiranya anda mahu mendaftarkan Jenama , maklumat berikut diperlukan:


1. Beri sample Jenama /Logo
2. Nyatakan Kelas atau nama barang/perkhidmatan yang mahu didaftarkan
3.Nama dan alamat

Sila email pada saya, rozarita@rozaritakamal.com ,
saya akan memberi nasihat dan maklumat diperlukan secepat mungkin.


Jenama adalah satu cara untuk memberitahu , menceritakan kualiti , siapa pengeluarnya , dimana ianya dibuat , kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain, semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Apa yang anda boleh ingat apabila Jenama dibawah di sebut ?

Adidas, KFC, Hilton, Mandarin Oriental, Tag Heur, Habib Jewel, Kamdar, Giant, Cold Storage, Nestle, Rizalman , Astro, Prada, Harvard, Thomas Cook, Ayamas, Guess, Zara , Pensonic, MapleStory, Gleneagles, Guardian, Watson, Dunkin Donut.

Mengapa anda tidak mahu jadi seperti mereka memilih Jenama yang betul dan berkualiti serta bergerak diatas konsep yang betul ?


Info


OBJECTION MATTERS - (understanding why a mark being objected)

(Manual of Trade Mark Law & Practice in Malaysia)


In deciding any question of possible conflict between two application or between an application and a registered trade mark , there are two main factors before raising an objection under this Section 19(1)and (2). These are :

- whether the marks are identical or so nearly resemble each other as to be likely to deceive or cause confusion ; and

- whether the marks are used on the same goods or services , the same description of goods or services , or whether the goods and services are closely related.


* When comparing cases, Examiners should always consider each mark as a whole. It is clear that marks are identical if they are the same in every detail when compared side by side. The test for deciding whether the marks so nearly resemble each other are established in case of law as below:

1. Imperfect Recollection
2.Appearance and Sound
3. Essential Feature
4.Composite Marks
5.Idea of Marks
6.Device Marks
7.Related Marks - confusion
8.Contextual Confusion of Marks
9. Comparing Goods and Services
10.Cross search
11.Co-pending Conflicts
12.Conflicting Marks
13.House Mark

Dalam lain perkataan , sekiranya permohonan anda dibantah di bawah Section 19(1) dan (2) , bermakna Pemeriksa telah membuat pemeriksaan bagi semua di atas dan salah satu tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Jadi kalau anda lepas dari No. 1 - 13, mereka akan "proceed" permohonan anda .












Thursday, January 17, 2008

Orang Melayu sebenarnya sangat berminat untuk berniaga tapi....?


Saya percaya dengan keujudan Internet, ramai yang berminat untuk berniaga. Sikap yang bagus. Kita boleh berniaga apa saja melalui internet. Lingkungan atau Networking orang melayu sangat kecil dalam dunia perniagaan kalau dibandingkan dengan bangsa lain.

Masalah kita , konsep perniagaan kita selalu silap. Kita kena faham asas perniagaan sebelum kita mampu pergi kepada isu yang lebih global.

Saya lihat orang melayu kita hanya berminat berniaga "direct selling", "pyramid marketing" , "forex trading", "ebook" dan berbagai bagai lagi "e" business.

Tidakkah pernah anda terfikir bahawa konsep menjual "direct selling" selalu disalah erti kan. Kenapa saya kata begitu? Didalam perniagaan ada beberapa perkara asas :

1. Bahan / Material untuk dijual
2. Pengilang
3. Pemborong / Agen
4. Pembeli

A. BAHAN

Dalam setiap perniagaan mesti ada asas perniagaan di atas. Kalau kita pakar No. 1 , kita fokus pada "bahan /material". Misalnya kita jadi penternak ikan, penanam sayur, etc. Tapi itu bukan perniagaan yang relevan bagi muda mudi sekarang ini. Jadi kita olahkan "bahan" kepada "kepakaran". Apakah kepakaran anda? Anda bijak buat program computer, anda bijak jadi web hosting, anda bijak buat web site, anda bijak game internet?. Kalau anda ada skil No. 1, maknanya anda ada "Bahan" dan anda boleh mulakan perniagaan anda sendiri.


B. PENGILANG


Soalan seterusnya, Pengilang? Anda perlu ada bahan No.1 , baru anda boleh jadi pengilang , kalau Bahan CILI , anda boleh jadi pengilang CILI SOS, CILI BOH, CILI . Kalau anda ada SAYUR , anda boleh jadi pengilang untuk membungkuskan sayur sayur tersebut, bubuh Trade Mark pada sayur anda, supaya orang boleh tahu sayur mana yang lebih baik dan segar. Atau contoh paling mudah anda jadi pengilang ayam, anda dapatkan ayam dari PENTERNAK AYAM, di kilang anda, anda proses ayam itu dan anda bubuh Trade Mark . Contoh di pasaran AYAM MAS, AYAM etc..

Tapi seperti diatas , pengilang seperti contoh di atas tidak relevan dengan muda mudi seperti anda. Bagaimana anda boleh di definasikan sebagai "PENGILANG"?. Anda adalah pengilang kalau anda ada kepakaran WEB HOSTING, anda ada kepakaran IT, anda pandai photography, jadi anda cipta GAME CENTER anda sendiri, anda cipta INTERNET CENTER anda sendiri, anda pandai HOSTING, anda jadikan ianya hos untuk forum, search engine, konsep you tube , online system for business misalnya, trading center.

TETAPI , anda mesti ada Trade Mark, misal search engine YAHOO , GOOGLE etc, atau ORANGE Internet, tempat cyber cafe, atau web hosting untuk members for game, seperti game BANDAI etc. TAPI mesti ada Trade Mark. Anda bergerak atas nama Trade Mark yang anda pilih, hari ini mungkin secara kecil kecilan tetapi selepas 5 tahun , 10 tahun anda bergerak diatas Trade Mark yang sama, saya pasti anda akan diterima dalam "kepompong peniagaan anda".

Secara tak di sangka anda dah masuk No. 2, jadi perniagaan anda relevan dengan asas perniagaan.



C. Pemborong / Agen



Seperti AYAM dan SAYUR di atas , yang di proses di Kilang, anda perlukan "marketing". Siapa yang akan jadi PEMBORONG atau AGEN. Contoh , kita ada CARREFOUR, TESCO, MAKRO, GIANT, PARKSON, METRO JAYA, SOGO , KLCC...mereka ini dikategorikan sebagai pemborong /agen untuk menjual barang PENGILANG tadi. Kalau dulu , kedai runcit, dan tidak pernah kita jumpa kedai runcit orang kita , ada Trade Mark. Trade Mark mereka selalu SYARIKAT AH CHONG, KEDAI RUNCIT PAK ALI, KEDAI BASIKAL RAJASAMY. Bolehkan bergerak untuk lebih jauh dengan nama seperti itu. Dulu kita tidak terfikir kedai runcit boleh jadi macam CARREFOUR, SEVEN ELEVEN , konsep dia sama macam kedai runcit. "Satu tempat dimana barang barang konsumer diletakkan secara teratur ".

Tapi , pernahkan di satu hari minggu, adik adik atau girl friend anda mengajak anda bersiar siar di dalam kedai runcit "KEDAI RUNCIT PAK ALI"?

Tapi , pernahkan di satu hari minggu , girl friend anda mengajak anda berjalan jalan atau mungkin dating di CARREFOUR ?

Cuba fikir kenapa atas setiap jawapan?

Pernahkah anda mengikut ibu anda ke Pasar Selayang membeli ikan? Bagaimana suasananya?

Pernahkan anda mengikut ibu anda ke CARREFOUR membeli ikan , sayur , cili?

Bila sebut PASAR SELAYANG ? Apakah yang terbayang difikiran anda ? Busuk, kotor, sesak.

Bila sebut CARREFOUR ?

Jadi, itulah 'the power of Trade Mark", simple word "CARREFOUR" tapi dapat menceritakan apa yang boleh dia dapat, untuk pergi ke CARREFOUR. One stop center, boleh beli barang dapur, boleh beli baju, boleh beli cat, boleh beli buku, boleh beli CD, boleh makan kat Mc Donald, boleh bawa anak anak main permainan di food court, dan itulah CARREFOUR.


Sebab itu CARREFOUR ada di banyak tempat di MALAYSIA, dan juga di merata tempat di DUNIA.

Jadi , anda sudah boleh jadi web hosting, cyber cafe, web designer , internet game etc, tapi anda mesti bergerak di atas satu TRADE MARK yang akan menceritakan keupayaan anda, siapa anda.

Tapi kena ingat , cuba "be Malaysian". Cipta Trade Mark yang ada unsur MALAYSIA. Supaya kita ada identiti. Jangan malu nak promote LAT, dulu LAT cuma pelukis kartun, buat komik, sekarang ada rancangan TV bertajuk LAT . LAT hanyalah nama timangan tapi berapa tahun dia bergerak atas nama LAT dan setelah berpuluh tahun baru boleh "establish name".



PERMASALAHAN :



Ramai orang melayu kita bila berniaga , terus lompat No. 3, maksudnya terus jadi pemborong/agen.

Bila masuk 'direct selling" hantar beratus sms suruh join dan bagi tahu kalau kita dapat rekrut ahli 1 orang kita akan dapat sekian banyak, kalau lagi banyak , lagilah banyak , dengan target dalam masa 1 tahun misalnya kita akan jadi kaya kerana reach target.

Moral of the story , konsep perniagaan dah salah. Mana ada dalam dunia ini orang yang berjaya dalam perniagaan akan kaya dalam masa 3 bulan.

Kalau masuk 'forex trading" pun sama , masuk duit dalam masa 1 bulan misalnya RM100.00, sebulan kemudian dah dapat balik RM100.00. Itu perniagaan yang silap.

Bank pun mampu beri misalnya 10% dividen itupun kalau labur untuk satu jangka masa dan selalunya 1 tahun genap baru dapat untung RM100.00 , kalau kita simpan RM1,000.00. Tapi itu adalah menurut konsep perniagaan yang betul.

Logik, cuba kita fikir, kita nak tanam sayur pun kita kena tunggu 3 bulan , kalau ternak ayam kita kena tunggu dia besar dulu untuk beberapa bulan baru boleh jual. Kalau 1 ekor ayam dijual pada harga pasaran 1 kg =RM3.00. dan setiap 1kg, modal untuk dia besarkan 1kg ayam ialah RM2.00, dia akan dapat untung RM1.00 , itupun setelah 2/3 bulan. Tapi konsep perniagaan dia adalah betul.

Malangnya orang melayu kita hanya berminat untuk cepat kaya apabila berniaga, cepat nak terus terkenal barang dia, padahal semua itu memerlukan masa .

Berniaga direct selling dua bulan dah terus dapat RM10,000 sebulan, masuk skim cepat kaya dua bulan dah dapat untung berlipat ganda.

Didalam perniagaan kita perlu sabar dan berusaha tapi ciri ciri ini tidak ada pada "perniagaan" yang orang melayu minat.

Kesedaran inilah yang perlu dipupuk...orang putih pun kena kerja keras baru boleh jadi terkenal macam Mc Donald, KFC, ADIDAS , NIKE kerana mereka mengikut "basic requirement in business".

Sebab itulah ramai orang melayu berniaga atas nama direct selling, atas tiket skim cepat kaya...tapi berapa kerat orang melayu yang berjaya dipersada perniagaan.



D. PEMBELI




Tugas pembeli amat mudah, dia ada duit dan dia yang pilih, "PEMBELI ADALAH BOS" dalam dunia perniagaan kerana tanpa pembeli, circulation, akan terhenti.

Jadi setiap hari sebagai pembeli tugas ada hanya "memilih", nak makan roti Gardenia ke roti HIGH 5, nak minum COCA COLA ke Ali Cafe, nak pakai baju ADIDAS ke NIKE, nak naik kereta KANCIL ke HONDA, Nak tengok ASTRO ke TV 3, nak surf guna YAHOO ke GOOGLE....

Moral of the story...the power of TRADE MARK.

Bila kita tahu ianya sangat penting....so tingkatkan pengetahuan kita orang melayu dalam memperbaiki pengetahuan tentang HARTA INTELEK.

Kalau kita berniaga dengan orang luar yang mahu " invest" di negara kita, soalan pertama mereka " How Do I protect my Intellectual Property in your country?". Mereka sangat mementingkan hak Harta Intelek mereka kerana tak mungkin mereka mahu berniaga "for nothing" dan hak mereka terlepas pada orang lain.

fikirlah....



Tiada JENAMA yang terkenal dengan sekelip mata !






0 comments:

HOW TO PROTECT INTELLECTUAL PROPERTY


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harta Intelek - Astro Awani