Apabila anda mengambil langkah yang wajar untuk melindungi HARTA INTELEK anda , anda boleh mengambil tindakan undang undang bagi mana-mana pihak yang menggunakan tanpa izin, menyerupai atau seakan akan terhadap Harta Intelek anda. Contoh seperti kes Mawi. SEKIRANYA, beliau menggunakan tanpa izin Lesen Pengeluar Mineral Water dari pihak lain , tentulah pihak tersebut boleh mengambil tindakan.
Logik, kita tidak boleh guna nama McDonald pada produk kita, sudah pasti McDonald akan cari kita kerana dengan ujudnya McDonald pada label produk kita seolah olah kita ada "connection" dengan Mc Donald. Sudah pasti penjualan produk kita akan meningkat kerana pembeli sudah tahu "nilai" Mc Donald.
Ia nampak hanya sebuah label tapi ianya sangat bernilai...the power of Trade Mark!
Mawi World gagal batalkan tuntutan RM1 juta
14-02-2008 07:00:02 PM mSTAR Online
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menolak dengan kos permohonan syarikat Mawi World Sdn Bhd bagi membatalkan tuntutan saman ganti rugi berjumlah RM1 juta yang difailkan oleh sebuah syarikat pengeluar minuman air mineral kerana MWSB didakwa melanggar hak harta intelektual syarikat itu.
Penolong Kanan Pendaftar Noorasyikin Sahat menolak dengan kos permohonan MWSB yang diputuskan dalam kamar beliau.
Antara alasan yang difailkan MWSB pada 18 Jan tahun lalu bagi membatalkan saman dan pernyataan tuntutan oleh syarikat pengeluar minuman Yassa Sdn Bhd (Yassa) ialah tindakan saman oleh Yassa tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah, ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan ia satu penyalahan proses mahkamah.
Pada 31 Okt 2006, Yassa menyaman MWSB dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta kerana mendakwa MWSB melanggar hak harta intelektual syarikat itu (Yassa) apabila memasarkan air mineral jenama Mawi World dengan menggunakan lesen syarikat Yassa tanpa kebenaran.
Botol air minuman itu yang memaparkan gambar Mawi, bintang kelahiran program Akademi Fantasia, juga didakwa mengandungi maklumat mengenai sumber punca air dan kandungan air mineral yang sama seperti yang terdapat pada botol air mineral Streamline keluaran syarikat Yassa.
Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 27, adalah pengarah syarikat MWSB.
Dalam pernyataan tuntutannya, Yassa selaku plaintif menyatakan, syarikat itu mengeluarkan minuman air mineral menggunakan lesen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan mempunyai kilangnya sendiri di Kampung Mungkal, Kota, Rembau, Negeri Sembilan.
Pada 30 Sept 2006 Yassa, berkata seorang pengarahnya telah mendapati air mineral Mawi World dijual di sebuah pasar raya di Subang Jaya, yang botolnya mempunyai maklumat dan lesen yang sama seperti minuman keluaran syarikat Yassa.
Dalam afidavitnya pula, MWSB berkata tuntutan saman itu tidak berasas kerana tiada sebarang hak harta intelek milik syarikat Yassa dicetak pada botol minuman air mineral jenama Mawi World.
MWSB mendakwa tuntutan saman itu adalah salah kerana syarikat Yassa selaku plaintif sepatutnya mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat pembekal minuman yang mempunyai kontrak dengan Yassa dan bukannya MWSB.
Yassa diwakili peguam Adnan Seman manakala peguam Juliana Mohamed mewakili MWSB. BERNAMA
0 comments:
Post a Comment