PENGUMUMAN .

PENGUMUMAN .

Nasihat Percuma untuk mendapatkan pandangan berhubung Pendaftaran Trade Mark . Sila email kepada kami .
Trade Mark search percuma !
Ini adalah antara tanggungjawab sosial yang kami berikan dari masa ke semasa.


Rozarita Mokhtar
Registered Trade Mark Agent (4176)
November 2011
Tel / Fax : 603-41497985
Fax : 603-41494925
email : rozarita@rozaritakamal.com


.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

FOR ENGLISH READERS :

Please visit our website for information on Trade Mark registration in Malaysia.

www.rozaritakamal.com

The information provided at the website :

1. Procedures
2. Frequently asked question
3. Scale of Charges (please email to us for update)
4. Form of Authorisation (Form TM 1) and Statutory Declaration (please email to us for update format)

.

Why we are different !

ROZARITA KAMAL & CO

- established in 1996 - vast experience since 1986 - Trade Mark specialist especially in overcoming objection matter - minimise "possible objection" for new coined Trade Mark - guiding on how to develop new Trade Mark name with less risk of being objected - towards social contribution in advising , guiding and educating small-medium scale of business on IP matters - accurate and accepted mark for registration - easy to work with - we solve problems together !

Followers

Sekiranya anda mahu mendaftarkan Jenama , maklumat berikut diperlukan:


1. Beri sample Jenama /Logo
2. Nyatakan Kelas atau nama barang/perkhidmatan yang mahu didaftarkan
3.Nama dan alamat

Sila email pada saya, rozarita@rozaritakamal.com ,
saya akan memberi nasihat dan maklumat diperlukan secepat mungkin.


Jenama adalah satu cara untuk memberitahu , menceritakan kualiti , siapa pengeluarnya , dimana ianya dibuat , kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain, semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Apa yang anda boleh ingat apabila Jenama dibawah di sebut ?

Adidas, KFC, Hilton, Mandarin Oriental, Tag Heur, Habib Jewel, Kamdar, Giant, Cold Storage, Nestle, Rizalman , Astro, Prada, Harvard, Thomas Cook, Ayamas, Guess, Zara , Pensonic, MapleStory, Gleneagles, Guardian, Watson, Dunkin Donut.

Mengapa anda tidak mahu jadi seperti mereka memilih Jenama yang betul dan berkualiti serta bergerak diatas konsep yang betul ?


Info


OBJECTION MATTERS - (understanding why a mark being objected)

(Manual of Trade Mark Law & Practice in Malaysia)


In deciding any question of possible conflict between two application or between an application and a registered trade mark , there are two main factors before raising an objection under this Section 19(1)and (2). These are :

- whether the marks are identical or so nearly resemble each other as to be likely to deceive or cause confusion ; and

- whether the marks are used on the same goods or services , the same description of goods or services , or whether the goods and services are closely related.


* When comparing cases, Examiners should always consider each mark as a whole. It is clear that marks are identical if they are the same in every detail when compared side by side. The test for deciding whether the marks so nearly resemble each other are established in case of law as below:

1. Imperfect Recollection
2.Appearance and Sound
3. Essential Feature
4.Composite Marks
5.Idea of Marks
6.Device Marks
7.Related Marks - confusion
8.Contextual Confusion of Marks
9. Comparing Goods and Services
10.Cross search
11.Co-pending Conflicts
12.Conflicting Marks
13.House Mark

Dalam lain perkataan , sekiranya permohonan anda dibantah di bawah Section 19(1) dan (2) , bermakna Pemeriksa telah membuat pemeriksaan bagi semua di atas dan salah satu tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Jadi kalau anda lepas dari No. 1 - 13, mereka akan "proceed" permohonan anda .












Thursday, February 21, 2008

Bagaimana memilih jenama?


Kalau kita jual burger, nasi lemak, pisang goreng - untuk konsep gerai .



1. Boleh gunakan nama anda sendiri sekiranya nama anda adalah UNIK. Misalnya,



- IZWAN PILUS (guna nama full, jangan guna nama IZWAN sahaja kerana ramai yang ada nama IZWAN di Malaysia)

- katakanlah anda minat juga nak guna nama IZWAN, jadi kena jadikan wording tu unik misalnya IZZWAN .

-Pada banner gerai burger anda misalnya, bubuh nama IZZWAN dengan besar dan paling "outstanding" dan gunakan ayat yang menceritakan produk anda. Anda juga perlu ada gambar atau logo yang berkaitan produk anda iaitu burger misalnya.

-Kalau anda cuma ada modal meja dan kerusi, cuba dapatkan "Stand banner" , harganya mungkin dalam RM100.00. Anda tempah banner seperti konsep yang diterangkan diatas. Nak buat banner sekarang murah , modal RM100.00 dah boleh dapat.

- Pastikan konsep "warna" dan ianya mestilah terang dan striking to the eyes.

-Tempah T -shirt yang sama warna , atau warna korporat anda dan pastikan jenama IZZWAN ada pada T-shirt atau Apron.

- Tempah kertas yang mempunyai jenama anda untuk packing burger. Mungkin pada kertas tisu pun ada jenama anda.

- JANGAN guna iklan atau paparkan BURGER RAMLY. Anda mungkin dapatkan produk dari RAMLY BURGER tapi jangan pamirkan kerana anda hanya memberi "free advertisement and promotion" untuk jenama RAMLY BURGER. Anda simpan burger RAMLY itu didalam bekas yang tidak kelihatan oleh pembeli. INGAT, RAMLY BURGER adalah pembuat burger, kita iaitu IZZWAN adalah penjual roti BURGER. Kita cuma dapat supply dari RAMLY BURGER tapi kita jual atas nama kita . Sebab itu packing kita kena konsisten dengan jenama IZZWAN.

Anak-anak saya suka membeli burger yang dijual di rumah kami kerana cara burger itu disediakan sangat sedap disamping harga yang sangat murah. Kegaringan burger itu , sos yang digunakan dan campuran salad telah menjadikan rasanya sangat berlainan dengan burger McDonald.

Tapi malangnya , kalau saya hendak rekomenkan pada anda, mungkin sukar saya hendak ceritakan kerana tiada JENAMA dan ada beberapa penjual burger disitu. Saya juga tidak pasti gerai yang mana satu saya beli kerana saya tidak berapa ingat rupa penjual burger itu. Burger yang saya beli hari Ahad mungkin tidak sama rasanya dengan Burger yang saya beli pada hari Khamis , bila yang menyediakan burger tersebut adalah kawannya, atau abangnya. Mungkin yang saya beli hari Ahad , rasa nya saya suka tapi bila beli hari Khamis, saya mungkin sakit perut.

Membina JENAMA bererti kita MESTI menjaga Kualiti dari segi rasa yang konsisten dan kebersihan yang konsisten. Pembeli akan datang lagi kalau dia dah cuba beberapa kali, dia tidak sakit perut dan rasanya adalah sama dan tidak berubah.

Akhirnya, bila kita teringat nak makan burger, selalunya McDonald yang bermain difikiran kita.

Saya pasti kalau anda cuba mengikut cara-cara yang saya beri diatas, burger anda mungkin satu hari nanti akan jadi seperti McDonald juga. Jangan malu nak jual burger, ianya adalah lebih baik dari anda menganggur. McDonald juga jual burger seperti anda!


2. kita minat nak guna nama PAK/MAK.



- Selalunya bila kita buka gerai nasi lemak atau kuih muih, mestilah yang masaknya adalah emak kita, makcik kita atau mungkin bapa kita.

-Katalah nama mak kita terkenal dengan panggilan MAK BEDAH atau PAK TAM. Nama ini adalah biasa kita dengar , tapi bolehkah kita guna sebagai jenama. Jawapannya boleh. Kerana kalau kita cari dalam Telefon Directory tiada nama MAK BEDAH atau PAK TAM kerana nama ini ada nama "panggilan" atau "nama timangan".

Tapi masalah nya ditempat lain ada juga MAK BEDAH yang jual nasik lemak. Bagaimana kita nak komersialkan nama MAK BEDAH? Bagaimana kita nak buat bila orang sebut MAK BEDAH orang akan ingat "nasi lemak mak bedah yang sedap".

Disini kita cuba boleh "kartunkan gambar mak bedah" sebagai logo yang akan digunakan bersama sama jenama MAK BEDAH. Pastikan gambar mak bedah mudah diingat dan menarik, tidak apa kalau kita guna gambar mak bedah yang pakai tudung, pakai lipatan kain batik diatas kepala (seperti zaman dahulu) . Jangan guna topi chef kerana itu tak melambangkan identiti kemelayuan. Nasi lemak adalah kepakaran orang melayu, kepakaran mak mak kita buat nasi lemak , masakan ibu. Pembeli akan "nostalgia" pada masakan ibu. Jadi itu yang kita kena "attract in mind". Jadi jenama yang kita cipta mesti ada sentuhan "keibuan" kerana ibu adalah satu sentuhan yang sangat "powerful".

-kemudian gunakanlah konsep gerai seperti yang diterang berkenaan dengan burger diatas.



3. kita minat guna nama tempat kita tinggal.



-kalau kita tinggal di Taman Melawati, kita minat nak guna perkataan MELAWATI kerana pisang goreng kita dari Taman Melawati. Bolehkan kita guna MELAWATI? Boleh, kerana dengan nama MELAWATI sahaja pembeli tidak tahu anda maksudkan TAMAN MELAWATI . Tapi kalau jenama anda TAMAN MELAWATI , tentulah anda sia sia memilih nama itu kerana berapa ramai yang jual pisang goreng di Taman Melawati? Kalau anda kata, cari penjual pisang goreng atas jenama "TAMAN MELAWATI" tentulah pembeli mulanya ingat anda maksudkan pisang goreng yang di jual di Taman Melawati. Jadi memang susah nak "develop reputation" kalau guna nama tempat.

- Selalunya kalau pilihan jenama anda menggunakan nama tempat, eloklah anda mendapat nasihat agen untuk memberi guideline yang betul bagaimana hendak memilih nama tempat sebagai jenama kerana ianya agak complicated.







1 comments:

ralph said...

hi, u ni ejen untuk branding trademark ker?
berapa cas untuk siapkan semua proses trade mark dan proses ini boleh dipercepatkan dari 6 bulan? sila email saya secepat yang mungkin. rafae@dsgnelemnt.com
tq.

HOW TO PROTECT INTELLECTUAL PROPERTY


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harta Intelek - Astro Awani