Friday, February 15, 2008

BELACAN

Belacan adalah merupakan industri yang sangat biasa dikalangan orang melayu. Saya suka belacan dari Bako, Sarawak kerana ianya berwarna merah. Manakala belacan dari Bintulu agak hitam. Selain dari itu belacan dari Melaka juga menjadi kegemaran saya kerana warnanya kalau dibandingkan belacan dari Terengganu. Penang juga ada belacan tapi saya tak berapa suka .

Malangnya , disemua tempat yang saya pernah beli belacan , mereka menjualnya didalam plastik merah ataupun dibalut surat kabar. Bertahun tahun saya beli belacan , ianya masih dibungkus dengan cara yang sama dan TIADA JENAMA.

Saya hanya jumpa belacan dari pembuat orang cina , yang ada jenama di pasaraya atau dikedai runcit.

Sampai bila agaknya orang melayu akan sedar bahawa belacan juga adalah sejenis produk perniagaan yang sangat penting terutama dalam masakan orang melayu.

Di London dan di Armsterdam, saya lihat keju atau cheese dijual atas bermacam jenis jenama dan setiap satu mempunyai kualiti yang tersendiri. Ia dipakejkan dengan berbagai bentuk yang menarik. Setiap jenama boleh menceritakan kelebihan antara satu sama lain. Malah sewaktu saya berada di Netherland , mereka boleh membuat tour untuk tourist ke kilang membuat cheese. Mereka akan terangkan cara membuatnya dan bagaimana keju mereka lebih bagus dari orang lain.

Mengapa , belacan kita tidak boleh jadi begitu ekslusif ? Kalau nama pun kita tidak ada...??
Pernahkah kita terfikir untuk pergi kekilang membuat belacan dan bawa pelancung pula ?

Fikirlah...





0 comments: