Dewasa ini kita lihat KOPITIAM tumbuh dengan begitu banyak dengan berbagai nama. Kadang kadang kita "confuse" kerana semuanya menggunakan KOPITIAM dengan warna yang agak sama diantara satu sama lain. Selalunya yang "attract in mind" ialah word "KOPITIAM". Nampak moden konsep . Kedai kopi zaman moden.....lebih kurang STAR BUCK.
Pemilik KOPITIAM ini pun memberi nama nama yang mereka suka , misalnya kalau mereka berada di DUNGUN , TERENGANU, mereka akan guna DUNGUN KOPITIAM. Mereka ini selalunya menfailkan permohonan mereka di pejabat Harta Intelek. Kemudian mereka pun melabur dengan modal yang agak besar dan konsep kopitiam memang nampak lain dari konsep kedai kopi biasa.
Setelah setahun, pemilik ini mendapat surat bantahan dari pejabat Harta Intelek, kerana 'DUNGUN" adalah nama geografi dan pada peringkat awal adalah perkara biasa sekiranya permohonan mereka dibantah kerana tidak menepati kehendak didalam Section 10 of Trade Mark Act 1976.
Oleh kerana , pemilik ini tidak menggunakan khidmat agen , tentulah mereka tidak tahu bagaimana untuk menjawab bantahan dari Pejabat Harta Intelek kerana hujah mereka beri untuk menjawab bantahan , tidak bertepatan dengan kehendak Akta.
Tanpa banyak pilihan , pemilik Kopitiam ini terpaksa menghentikan penggunaan jenama DUNGUN KOPITIAM dan dia akan cuba nama lain. Padahal, sekiranya pemilik kopitiam tersebut mendapat khidmat agen , saya percaya ianya dapat "overcome the objection" kerana KENTUCKY FRIED CHICKEN" pun menggunakan nama 'Geografi" , tetapi kenapa jenama mereka boleh didaftarkan.
Moral of the story ....menfailkan permohonan Trade Mark memang mudah, tapi teknik untuk membolehkan permohonan itu diterima untuk didaftarkan , itu yang susah....
cuba kita fikir ,ada tak kedai yang seakan akan STAR BUCK, kita tak pernah confuse bila nak pergi STAR BUCK...kerana tidak ramai yang berani cuba "seperti atau seakan akan" STAR BUCK.
tapi selalu tak kita lihat "kedai-kedai " yang " seakan akan" KOPITIAM ..?
0 comments:
Post a Comment