PISANG GORENG
Satu pemandangan yang biasa di taman taman perumahan, diwaktu petang, gerai gerai pisang goreng dibuka.
Satu perkara yang biasa, gerai pisang goreng ini tidak akan dibuka "bersebelahan" di antara satu sama lain kerana "sikap" orang melayu kita yang tidak suka "persaingan". Kalau buka gerai mesti buka berjauhan antara satu sama lain. Takut nanti pembeli lebih ramai di gerai A dan tidak ramai di gerai B.
Sebab itu penting ada jenama . Tapi kalau kita beritahu pada penjual pisang goreng ini supaya letak jenama pada gerai mereka, mereka akan kata "buat apa?".
Ini adalah masalah biasa dalam usaha untuk "memberitahu" nilai jenama pada setiap jenis perniagaan walau pun hanya jual pisang goreng.
Pernahkah sepanjang anda hidup setakat ini , pisang goreng ada jenama? Malangnya gerai pisang goreng ini adalah dimonopoli oleh orang melayu.
Apakah kebaikan bila gerai ini ada jenama?
1. Pembeli akan tahu dan mula biasa dengan jenama yang diberi. Misalnya CENGKIH.
2. Penjual pisang goreng tidak perlu takut pada persaingan kerana , pembeli akan cari kita bila lihat jenama CENGKIH pada gerai kita . Secara tak langsung kita dah bina "setia pelanggan".
3. Penjual CENGKIH tidak perlu takut kalau kena jual bersebelahan dengan gerai pisang goreng yang lain kerana bila pembeli pernah beli pisang goreng CENGKIH dan pembeli tahu rasanya bagaimana, kualitinya bagus atau tidak. "Kualiti" dan "khidmat" membezakan kita lain dari yang lain.
4. Bila kita ada nama , "feel" atau "image" beli CENGKIH mestilah lain rasanya bila beli digerai yang tak ada jenama.
5. Bila kita sudah ada jenama CENGKIH, kita 'pack" kan pisang goreng itu didalam kertas yang kita tempah dan ada pula jenama CENGKIH pada packing pisang goreng tersebut. Bukanlah hanya guna surat kabar atau plastik seperti di gerai tiada jenama. Ini membuktikan kita "berbeza".
6. Makin lama pembeli makin rasa ada "kelas" beli kat gerai CENGKIH dan CENGKIH boleh pula jual cempedak goreng, keledek goreng, cucur udang malah mungkin kuih muih. Tapi semuanya bermula dengan nama yang betul iaitu CENGKIH misalnya. Jangan guna jenama "PISANG GORENG" . Macam mana pembeli nak tahu itu adalah jenama kerana "pisang goreng" adalah nama yang secara tak langsung untuk semua gerai yang jual goreng pisang.
fikirlah...

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home