Pada minggu lepas , saya berkunjung ke Terengganu yang terkenal dengan batik dan keropok lekor. Kita semua tahu , batik dan keropok merupakan industri yang begitu terkenal di Terengganu. Tiada wanita , kalau berkunjung disana tidak pergi ke Pasar Payang. Saya lihat ramai peniaga yang menjual batik samada baju tidur, blaus, sampin ,dan songket tapi malangnya sepanjang saya pergi ke setiap kedai di sana, tiada yang ada Trade Mark.
Bayangkan , kalau saya tersilap beli blaus atau baju tidur dan saya ingin menukarnya, saya sendiri tidak tahu kedai yang mana satu saya beli. Atau , kalau saya tertarik dengan kualiti baju tersebut dan ingin mencadangkan kawan saya membeli baju tersebut , saya tidak dapat merujuk pada kedai yang mana satu untuk mencari baju tersebut.
Mereka ini mungkin mendapat baju tersebut dari pengilang yang sama, tapi sebagai penjual mereka sepatutnya menjenamakan Baju tersebut misalnya "SERI NILAM" supaya pembeli dapat menamakan pakaian tersebut dari Brand yang mana satu.
Kita cuma kenal nama "NOOR ARFA" sebagai pengusaha batik. Selain dari itu , berpuluh tahun orang melayu kita mebuat batik , menjual batik , kita cuma kenal dan biasa dengan cuma 1 nama, iaitu NOOR ARFA. Ini disebabkan hanya NOOR ARFA yang beri nama pada produk dia manakala yang lain menjual atas nama batik dan ramai pula yang menjual batik dikalangan mereka.
Kain batik pula saya lihat kebanyakannya ada Trade Mark kerana telah siap di packing. Sepatutnya kita kena apply untuk meletakkan label Trade Mark pada setiap produk yang kita jual. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, Trade Mark itu sangat simple tapi ia mampu menceritakan perkara berikut:
1. Nama pengilang
2. Bagaimana dan dimana untuk mendapatkan produk tersebut
3. Ia boleh menceritakan kualiti produk
4. Ia boleh menceritakan status pemakainya.
Begitu juga keropok , terutama keropok lekor, saya lihat hampir semua tiada Trade Mark. Adakalanya saya lihat ianya di beri No. misalnya No. 70. Saya hairan mengapa kita pilih No. 70 atau No yang lain kerana sejauh manakah Trade Mark yang begitu boleh menjadi "komersial".
fikirlah.....

0 comments:
Post a Comment