
Mengapa saya katakan JENAMA boleh "bercerita"?
Apabila kita telah mencapai ke satu tahap , dimana semua maklumat berikut dapat disampaikan kepada "pembeli" dengan hanya menyebut satu nama ringkas iaitu JENAMA /BRAND :
1. Siapa Pengilang ?
- pembeli tahu apa nama syarikat kita, mereka tahu sejarah syarikat mereka.
2. Dimana Kilang kita ?
- pembeli tahu kilang kita dimana, selalunya berkait rapat dari negara mana kilang kita bermula.
3. Apa yang kita keluarkan ?
- pembeli tahu syarikat kita menjual produk apa.
4. Apa kualiti produk kita ?
- pembeli tahu kualiti produk kita apabila mereka sendiri telah mencubanya, mendengar promosi atau recommendation dari kawan mereka, melihat iklan dan rasa tertarik untuk mencuba.
5. Apa status / imej produk kita ?
- pembeli tahu mereka melambangkan imej yang dibawa oleh produk kita.
* Oleh itu , membina JENAMA bukanlah semudah yang disangka. Kita perlukan modal pengetahuan dan tidak boleh lagi mengguna cara lama "tangkap muat" sahaja. Memiliki JENAMA bererti memiliki "satu harta yang sangat bernilai" dan sudah tentu ianya perlu mengambil langkah langkah yang bijak bersesuaian dengan "nilai" JENAMA yang ingin kita cipta.
Tapi malangnya, sepanjang penglibatan saya dalam bidang ini, saya lihat sikap kita terhadap JENAMA selalu di ambil mudah dengan alasan proses pendaftaran yang sangat lama. Pada saya , secara purata kita memerlukan 2 tahun untuk mendapat Sijil Pendaftaran, tetapi "perlindungan" yang diberi bukan seumur hidup tetapi selama-lamanya !
fikirlah...
fikirlah...
0 comments:
Post a Comment