Memang lumrah dikalangan wanita kita berniaga direct selling untuk produk avon, cosway, zhullian dan berbagai jenis jenama lain.
Tahukah anda , pasaran anda bukan lagi terhad pada jiran jiran , kawan sepejabat sahaja malah kini anda boleh berniaga sendiri tanpa perlu keluar dari rumah. Dizaman sekarang, sangat pelik kalau kita bertandang kerumah jiran atau dari satu pejabat ke pejabat yang lain untuk menunjukkan katalog avon , misalnya.
Kini anda boleh boleh bergerak lebih jauh tanpa perlu keluar rumah. Bina blog atau website dan kategorikan produk dari barang barang direct selling anda tadi. Misalnya satu blog, tentang kecantikan sahaja , mungkin produk avon dan cosway. Blog yang lain pula untuk pakaian , kasut dan beg tangan. Atau mungkin anda masukkan semua jenis produk yang anda ada dari keahlian direct selling anda dan jadikan blog anda sebagai kedai seperti megamall. Cipta nama yang menarik dan ada komersial value dan listkan barang barang anda di bawah kategori berikut :
1. Pakaian
2. Kasut
3. beg
4. Aksesori seperti gelang, rantai , jam, cincin, riben rambut etc
5. Cadar, langsir , tuala
6. Home decoration
7. Tudung
8. Katering
9. Tailoring
Anda tidak perlu bersusah payah untuk membuka shopping complex seperti METROJAYA atau JAYA JUSCO kerana melalui internet anda sudah mempunyai METROJAYA anda sendiri.
Tapi , harus ingat, JENAMA untuk anda bergerak sangat penting. Bina nama yang bagus. Bila kita sebut JAYA JUSCO kita tahu ia adalah shopping mall.
Baru baru ini saya lawati website dan blog yang relevan dengan perniagaan yang ceritakan di atas :
1. www.NaturalTouch2u.com
2. http://cadarshop.com
Cubalah jadi seperti mereka. Kita tidak perlu risau lagi untuk membayar ruang kedai yang mahal. Anda cuma perlukan rumah anda dan anda bekerja sendiri. Itu lebih bagus kerana jaringan perniagaan adalah lebih luas, tidak setakat ruang niaga di Carrefour sahaja , malah pelanggan anda dari seluruh pelusuk Malaysia, malah mungkin Singapura, Brunei dan negara negara lain.
Saya tahu ramai kaum wanita yang berniaga di luar sana, tapi cubalah menggunakan website/ blog untuk menceritakan apa yang boleh anda beri, kemahiran anda , produk anda dan sebagainya.
Tapi pastikan bergerak dengan JENAMA, kalau tidak bagaimana pelanggan nak panggil anda?
PASTIKAN juga Kualiti perkhidmatan anda , itu yang membezakan orang lain dengan anda. kalau sekali anda menipu misalnya tidak menghantar barang yang mereka pesan, anda mungkin tidak bertahan lama. Berniagalah dengan betul tanpa niat untuk menganiaya orang lain. Pasti tuhan berkati usaha kita.
Sebarkan maklumat ini supaya makin ramai wanita yang berniaga disana , atau hendak berniaga tapi tak tahu bagaimana, supaya jaringan kita di Internet semakin meriah .
Insyallah.

0 comments:
Post a Comment