PENGUMUMAN .

PENGUMUMAN .

Nasihat Percuma untuk mendapatkan pandangan berhubung Pendaftaran Trade Mark . Sila email kepada kami .
Trade Mark search percuma !
Ini adalah antara tanggungjawab sosial yang kami berikan dari masa ke semasa.


Rozarita Mokhtar
Registered Trade Mark Agent (4176)
November 2011
Tel / Fax : 603-41497985
Fax : 603-41494925
email : rozarita@rozaritakamal.com


.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

FOR ENGLISH READERS :

Please visit our website for information on Trade Mark registration in Malaysia.

www.rozaritakamal.com

The information provided at the website :

1. Procedures
2. Frequently asked question
3. Scale of Charges (please email to us for update)
4. Form of Authorisation (Form TM 1) and Statutory Declaration (please email to us for update format)

.

Why we are different !

ROZARITA KAMAL & CO

- established in 1996 - vast experience since 1986 - Trade Mark specialist especially in overcoming objection matter - minimise "possible objection" for new coined Trade Mark - guiding on how to develop new Trade Mark name with less risk of being objected - towards social contribution in advising , guiding and educating small-medium scale of business on IP matters - accurate and accepted mark for registration - easy to work with - we solve problems together !

Followers

Sekiranya anda mahu mendaftarkan Jenama , maklumat berikut diperlukan:


1. Beri sample Jenama /Logo
2. Nyatakan Kelas atau nama barang/perkhidmatan yang mahu didaftarkan
3.Nama dan alamat

Sila email pada saya, rozarita@rozaritakamal.com ,
saya akan memberi nasihat dan maklumat diperlukan secepat mungkin.


Jenama adalah satu cara untuk memberitahu , menceritakan kualiti , siapa pengeluarnya , dimana ianya dibuat , kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain, semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Apa yang anda boleh ingat apabila Jenama dibawah di sebut ?

Adidas, KFC, Hilton, Mandarin Oriental, Tag Heur, Habib Jewel, Kamdar, Giant, Cold Storage, Nestle, Rizalman , Astro, Prada, Harvard, Thomas Cook, Ayamas, Guess, Zara , Pensonic, MapleStory, Gleneagles, Guardian, Watson, Dunkin Donut.

Mengapa anda tidak mahu jadi seperti mereka memilih Jenama yang betul dan berkualiti serta bergerak diatas konsep yang betul ?


Info


OBJECTION MATTERS - (understanding why a mark being objected)

(Manual of Trade Mark Law & Practice in Malaysia)


In deciding any question of possible conflict between two application or between an application and a registered trade mark , there are two main factors before raising an objection under this Section 19(1)and (2). These are :

- whether the marks are identical or so nearly resemble each other as to be likely to deceive or cause confusion ; and

- whether the marks are used on the same goods or services , the same description of goods or services , or whether the goods and services are closely related.


* When comparing cases, Examiners should always consider each mark as a whole. It is clear that marks are identical if they are the same in every detail when compared side by side. The test for deciding whether the marks so nearly resemble each other are established in case of law as below:

1. Imperfect Recollection
2.Appearance and Sound
3. Essential Feature
4.Composite Marks
5.Idea of Marks
6.Device Marks
7.Related Marks - confusion
8.Contextual Confusion of Marks
9. Comparing Goods and Services
10.Cross search
11.Co-pending Conflicts
12.Conflicting Marks
13.House Mark

Dalam lain perkataan , sekiranya permohonan anda dibantah di bawah Section 19(1) dan (2) , bermakna Pemeriksa telah membuat pemeriksaan bagi semua di atas dan salah satu tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Jadi kalau anda lepas dari No. 1 - 13, mereka akan "proceed" permohonan anda .












Monday, May 12, 2008

nasilemakibu.com dan eK

Dua contoh jenama yang saya jumpa baru baru ini , iaitu:

1. nasilemakibu.com
2. eK.

Cuba anda teka jenama tersebut untuk produk apa?

Saya pasti dengan mudah anda akan dapat meneka untuk nasi lemak untuk yang No.1 dan tidak pasti untuk No.2.

Adakah dua jenama di atas boleh diterima sebagai jenama yang berdaftar(sekiranya mereka menfailkan permohonan mereka).

Jawapannya boleh .

1. nasilemakibu.com

1 ayat yang dicantumkan menjadikan ia unik.
Tetapi yang pasti , permohonan untuk Trade mark pasti mendapat "bantahan" dari Pendaftar kerana "nasi lemak ibu" adalah "direct description of the goods" dimana ianya tidak boleh diterima menurut Akta Cap Dagang 1976. Bagaimana pun , saya yakin ianya boleh di "overcome by Submission".

Nasi lemak itu juga mempunyai packing yang bukan kertas kosong tapi mendapat sponsor dari Suria FM dimana pada keseluruhan kertas pembalut nasi lemak itu ada nama Suria Fm dengan No. FM bagi setiap negeri. Logo Nasilemakibu.com cuma berada dibahagian tengah.

Konsep packaging dah "lain" dari bungkusan nasi lemak lain , itu yang bagus.

Tapi promotion untuk Suria FM yang lebih menonjol. Sepatutnya, nasilemakibu.com print kertas pembalut pada keseluruhan kertas itu dan Suria FM cuma satu bahagian sahaja. Tapi mungkin kerana nasi lemak ini di taja maka mereka harus menggunakan kertas penaja.

Keseluruhan konsep dah menarik dan dah nampak kelainan dari bungkusan nasi lemak biasa.

Tapi dengan nama nasilemak pastinya produk hanya akan terikat pada jualan nasi lemak sahaja. nasilemakibu diletak diatas meja di sebuah restoran di Wangsa Maju Section 2.



2. eK

ek adalah antara perkataan yang tidak diterima untuk pendaftaran sekita ianya adalah huruf dan nombor.

Tetapi ek boleh disebut dan menjadi perkataan. Misalnya ,
e - huruf
el - huruf tapi boleh disebut sebagai perkataan dan tiada makna
ecg - huruf tidak boleh disebut sebagai perkataan dan tiada makna
eon- huruf yang boleh disebut sebagai perkataan dan ada makna


untung nya guna JENAMA ek, penjual boleh jual nasi lemak , kuih muih atau apa saja berkaitan dengan makanan.


Selalunya dua huruf boleh diterima sekira ianya dibina dengan unik. eK dibuat dengan menggunakan huruf kecil dan huruf besar menjadikan ia unik walaupun sangat simple.

Kalau tak silap saya eK bermakna "eita's kitchen". Kalau eK itu dibubuh bersama dengan 'eita's kitchen" supaya menjadi satu logo yang lebih "solid" , tentu lebih ada nilai komersial.

Walaubagaimanapun pemilihan nama eK sangat bagus kerana penjual tersebut telah membuat cop pada setiap kertas pembalut nasi lemak dengan memberikan no hp . Saya juga suka konsep bagaimana nasi lemak ini dijual secara "drive through' di tempat menjual suratkabar ditepi jalan, sambil beli surat kabar , kita boleh beli nasi lemak dan tak perlu turun dari kereta. Setiap pagi kalau nak ke pejabat selalunya kereta akan berhenti disitu (Wangsa Maju Section 5) dan kadang-kadang beratur panjang menunggu giliran didalam kereta.

Rasanya , sejak dari pertama kali saya beli , rasa sambalnya tidak pernah berubah. Anak saya semasa di tadika pasti mahu saya belikan nasi lemak eK sebagai bekal, malah kalau hari jumaat saya beli hampir 20 bungkus /30 bungkus untuk dimakan bersama kawan kawan sekolahnya.

Pernah satu ketika , nasi lemak eK tidak dijual tempat itu lagi dan saya tidak lagi membeli nasi lemak dari penjual yang baru kerana sambal tidak seperti eK. Sehingga suatu hari , anak saya beritahu saya , eK itu ada jual kat AU Keramat. Saya cuba cari tak tak tahu di mana. Akhirnya baru baru ini bila saya cuba beli balik nasi lemak di tempat penjual surat kabar itu, saya lihat eK dijual kembali kali ini dengan kuih muih sekali.

Saya boleh ceritakan kerana mereka ada JENAMA , tapi ramai lagi penjual nasi lemak yang saya beli yang tiada JENAMA dan saya tak tahu nak ceritakan pada anda , kerana bagaimana saya nak bagi tahu nasi lemak "APA" kerana nak cerita macam mana...no name.


so moral of the story JENAMA sangat penting walaupun pada nasi lemak.

Tips :

cuba guna kertas packaging warna lain dari brown paper (kerana brown paper dah common sangat orang gunakan, semua pun guna brown paper) . Guna warna merah, hijau , kuning atau apa saja tapi bukan yang biasa orang lain gunakan.

cuba printkan JENAMA anda pada kertas nasi lemak anda. Ambil contoh McDonald dan kentucky macam macam mana dia orang pack kan burger mereka.

cuba order plastik JENAMA anda sendiri atau reka Kotak seperti McDonald buat, kreatifkan sikit nak buat kotak , boleh dapat idea dari kota bunga telur yang kita selalu terima masa kenduri kahwin, tapi kena buat besar sikit supaya boleh muatkan bungkusan nasi lemak itu.


kalau anda cuba diatas.... anda sangat lain dari orang lain.

1 comments:

auntie etta said...

nasi lemak ek new add is 68 jln au4/1 tmn sri keramat tgh kl

HOW TO PROTECT INTELLECTUAL PROPERTY


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harta Intelek - Astro Awani