Apabila kita mula untuk mencipta Jenama, kita mestilah membina "konsep" Jenama itu. Bila orang sebut Jenama itu , ia akan memberi satu aura, ingatan, perasaan, "akibat" dari "konsep" yang kita bina.
Adakah konsep yang ingin kita tonjolkan berimej 'santai" untuk sebuah kedai dobi misalnya. Adakah sesuai konsep santai ? Kalau kita rasa sesuai dengan konsep 'santai" , apakah ciri ciri yang sesuai untuk konsep santai ? Adakah konsep santai ini akan membuat pelanggan , "ingat" kedai dobi kita padahal kualiti perkhidmatan membasuh baju itu yang penting.
Kita tahu semua kedai dobi bersaing untuk memberi perkhidmatan dobi yang bersih, cekap dan dipercayai kualiti pembasuhannya. Tetapi adakah konsep "santai" ini akan memberi "ingatan" tambahan kepada pelanggan kita supaya kedai dobi kita "lain dari yang lain".
Santai pula ada beberapa kategori, seperti "biasa" atau "mewah". Adakah santai biasa untuk pelajar atau "golongan pertengahan" ? Adakah santai mewah untuk "professional" dan "golongan elit".
Apabila kita boleh klasifikasi "konsep" bagaimana yang ingin kita terapkan barulah kita boleh mula membina Jenama yang sesuai dengan konsep kita.
Konsep juga menjurus kepada "siapa target market kita".
Apabila kita dapat memberi "rasa" Konsep yang "berbeza" dari "common market" atau "pesaing" kita , kita akan dipanggil "market leader".
Sebab itu dalam perniagaan yang melibatkan Harta Intelek kita mestilah "kreatif dan unik". Kita lihat sekeliling tapi kita jangan jadi seperti sekeliling kita, ambil dan analisa semua konsep yang ada , kemudian "ubah" dan jadikan ia "unik" (lain dari lain).
Sebab itu dalam perniagaan yang melibatkan Harta Intelek kita mestilah "kreatif dan unik". Kita lihat sekeliling tapi kita jangan jadi seperti sekeliling kita, ambil dan analisa semua konsep yang ada , kemudian "ubah" dan jadikan ia "unik" (lain dari lain).
0 comments:
Post a Comment