PENGUMUMAN .

PENGUMUMAN .

Nasihat Percuma untuk mendapatkan pandangan berhubung Pendaftaran Trade Mark . Sila email kepada kami .
Trade Mark search percuma !
Ini adalah antara tanggungjawab sosial yang kami berikan dari masa ke semasa.


Rozarita Mokhtar
Registered Trade Mark Agent (4176)
November 2011
Tel / Fax : 603-41497985
Fax : 603-41494925
email : rozarita@rozaritakamal.com


.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

FOR ENGLISH READERS :

Please visit our website for information on Trade Mark registration in Malaysia.

www.rozaritakamal.com

The information provided at the website :

1. Procedures
2. Frequently asked question
3. Scale of Charges (please email to us for update)
4. Form of Authorisation (Form TM 1) and Statutory Declaration (please email to us for update format)

.

Why we are different !

ROZARITA KAMAL & CO

- established in 1996 - vast experience since 1986 - Trade Mark specialist especially in overcoming objection matter - minimise "possible objection" for new coined Trade Mark - guiding on how to develop new Trade Mark name with less risk of being objected - towards social contribution in advising , guiding and educating small-medium scale of business on IP matters - accurate and accepted mark for registration - easy to work with - we solve problems together !

Followers

Sekiranya anda mahu mendaftarkan Jenama , maklumat berikut diperlukan:


1. Beri sample Jenama /Logo
2. Nyatakan Kelas atau nama barang/perkhidmatan yang mahu didaftarkan
3.Nama dan alamat

Sila email pada saya, rozarita@rozaritakamal.com ,
saya akan memberi nasihat dan maklumat diperlukan secepat mungkin.


Jenama adalah satu cara untuk memberitahu , menceritakan kualiti , siapa pengeluarnya , dimana ianya dibuat , kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain, semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Apa yang anda boleh ingat apabila Jenama dibawah di sebut ?

Adidas, KFC, Hilton, Mandarin Oriental, Tag Heur, Habib Jewel, Kamdar, Giant, Cold Storage, Nestle, Rizalman , Astro, Prada, Harvard, Thomas Cook, Ayamas, Guess, Zara , Pensonic, MapleStory, Gleneagles, Guardian, Watson, Dunkin Donut.

Mengapa anda tidak mahu jadi seperti mereka memilih Jenama yang betul dan berkualiti serta bergerak diatas konsep yang betul ?


Info


OBJECTION MATTERS - (understanding why a mark being objected)

(Manual of Trade Mark Law & Practice in Malaysia)


In deciding any question of possible conflict between two application or between an application and a registered trade mark , there are two main factors before raising an objection under this Section 19(1)and (2). These are :

- whether the marks are identical or so nearly resemble each other as to be likely to deceive or cause confusion ; and

- whether the marks are used on the same goods or services , the same description of goods or services , or whether the goods and services are closely related.


* When comparing cases, Examiners should always consider each mark as a whole. It is clear that marks are identical if they are the same in every detail when compared side by side. The test for deciding whether the marks so nearly resemble each other are established in case of law as below:

1. Imperfect Recollection
2.Appearance and Sound
3. Essential Feature
4.Composite Marks
5.Idea of Marks
6.Device Marks
7.Related Marks - confusion
8.Contextual Confusion of Marks
9. Comparing Goods and Services
10.Cross search
11.Co-pending Conflicts
12.Conflicting Marks
13.House Mark

Dalam lain perkataan , sekiranya permohonan anda dibantah di bawah Section 19(1) dan (2) , bermakna Pemeriksa telah membuat pemeriksaan bagi semua di atas dan salah satu tidak memenuhi syarat yang diperlukan. Jadi kalau anda lepas dari No. 1 - 13, mereka akan "proceed" permohonan anda .












Tuesday, August 19, 2008

Kuih Tat

Baru-baru ini , suami saya membelikan saya Kuih Tat di ofis beliau , untuk saya berbuka puasa. Katanya, kuih Tat itu sedap dan beliau menempahnya di pejabat beliau. Apabila saya rasa, memang rasanya sedap , seperti Kuih Tat yang dibuat oleh ibu saya. Memandangkan tidak lama lagi bulan Syawal akan tiba , saya meminta untuk suami saya menempahnya dengan kuantiti yang banyak kerana anak-anak dan adik adik saya memang suka makan Kuih Tat.

Malangnya suami saya tidak tahu dari mana untuk mendapatkannya kerana beliau menyuruh stafnya untuk dapatkan kuih tersebut. Kuih Tat diletakkan didalam bekas plastik yang agak menarik dan bukanlah bekas kuih yang biasa dijual di kedai kedai. Ianya berwarna biru dan corak bekasnya juga cantik. Tidak ada satu tanda pun yang diletakkan pada bekas kuih itu tentang dari mana ianya dibuat, siapa membuatnya , alamat dan no.telefon sekiranya pembeli ingin membuat tempahan.

Inilah kesilapan yang selalu berlaku pada pembuat kuih apabila menjalankan aktiviti sambilan . Anda selalu terlupa untuk meletakkan maklumat bagaimana untuk menghubungi anda kerana anda rasa , ianya hanyalah kerja sambilan yang dibuat dirumah. Anda rasa kuih anda buat biasa biasa sahaja padahal kuih itu jauh lebih sedap dari kuih yang ada Jenama besar.

Buat sticker dan apabila kita buat kuih/cookies cuba cari nama yang sesuai. Boleh guna nama anda atau nama anak anda sekira nama-nama tersebut ada "commercial value". Misalnya ,

KAMELIA
alamat
No.Tel
Harga :
Berat /Bilangan :

Anda cuba cari warna sticker yang menarik dan lekatkan pada setiap bekas plastik . Cari bekas plastik yang "lain" dari apa yang ada di pasaran. Jangan ambil mudah, ambil mana yang senang dapati di kedai kerana untuk membuat pelanggan ingat Kuih anda , anda mesti "packkan" cara yang berbeza. Mungkin di bungkus dulu dalam plastik dan dibubuh didalam kotak yang menarik atau lihat bagaimana Jenama yang sudah popular membungkuskan kuih /cookies mereka. Jadikan mereka sebagai contoh dan cuba "package" dengan menarik.

Dan bergeraklah dengan konsep yang sama dan konsisten. Tahun pertama anda mungkin mendapat 100 tempahan, tahun kedua anda mungkin mendapat 500 tempahan. Asalnya mungkin cuma 100 tempahan tetapi kalau produk anda sedap , ianya akan berkembang dari satu pembeli ke satu pembeli dan mereka tidak ada masalah untuk mendapatkan tempahan kerana maklumat yang diperlukan telah ada di kotak kuih anda. Apatah lagi kalau kotak / bekas anda menarik, ianya pasti disimpan dan 5 bulan kemudian kalau hendak atau terasa nak makan kuih tat , mereka hanya perlu mendapatkan kembali kotak /bekas tersebut untuk melihat maklumat anda.

Cubalah seperti cara di atas, kalau dulu anda bergerak tanpa maklumat dan Jenama , dengan cara yang baru ini, anda mungkin akan mendapat lebihan pendapatan.

2 comments:

rahimah said...

Hai Rozita, saya setuju dengan pandangan anda. Saya juga sedang mengusahakan stickers untuk produk yang saya jual supaya pelanggan tahu di mana mereka boleh mendapatkan produk yang saya jual.

Stickers mungkin kecil tapi berkuasa besar. Dulu saya sangkakan stickers ini harganya mahal tapi baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertanya dan saya dapati ia tersangat murah!

Terima kasih kerana pandangan yang amat bernas ini.

RKC said...

Hai Puan Rahimah,

Sebab itu saya menekankan small task big impact kerana kita selalu lihat yang besar tapi terlupa yang kecil dan remeh itu sebenarnya "lebih besar" apabila berniaga.

HOW TO PROTECT INTELLECTUAL PROPERTY


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harta Intelek - Astro Awani