Apabila satu produk itu "baru" dalam dunia perniagaan dan kita tak tahu nama panggil apa, ianya selalu dikaitkan sebagai generic nama. Misalnya apabila mula mula "kamera" diperkenalkan dan kita hendak beli filem untuk kamera itu, selalunya secara spontan kita akan kata nak beli kodak filem kerana pada masa itu KODAK memperkenalkan kamera.
Contoh lain seperti mesin fotostat , kalau kita nak fotostat buku misalnya kita akan kata nak xerox buku itu kerana XEROX lah yang mula mula sekali memperkenalkan produk mesin fotostat. Kita tak kata nak CANON buku...ianya nampak pelik tapi ia tidak pelik bila kita kata nak XEROX buku.
Begitu juga COLGATE , selalu kita kata nak beli COLGATE tapi yang kita maksudkan ubat gigi dan kita mungkin pilih Jenama DARLIE tapi kata nak beli COLGATE.
Penciptaan produk yang baru dipasaran selalunya menggunakan JENAMA itu sebagai "generic name".
Kalau anda mungkin atau akan mencipta satu produk baru dan tiada nama untuk memanggil produk itu, tidak mustahil Jenama anda juga akan jadi "generic name".
0 comments:
Post a Comment