Saya percaya perkara asas untuk meluaskan pengetahuan mengenai kepentingan ilmu tentang Harta Intelek mestilah dimulai dengan pengubahan 'budaya sikap" sesebuah masyarakat sesebuah negara. "Sikap" adalah titik tolak samada kita percaya tentang pentingnya "nilai pemikiran" yang kemudiannya akan membawa satu perubahan kepada "cara berfikir", "teknologi"dan "kepentingan hak".
Kita akan menjadi biasa apabila melihat Jenama dari negara membangun seperti Eropah, Japan dan Amerika mempunyai produk-produk yang sangat menarik Jenamanya, Rekabentuk yang "lain dan baru", Teknologi yang sentiasa berubah dan terus berubah, Hakcipta yang kita suka tiru tetapi mereka akan ambil tindakan yang wajar kalau anda tidak tahu !.
Mengapa mereka tahu tentang Jenama, Rekacipta Industri, Paten dan Hakcipta ?
Kenapakah kita pula tidak tahu dan kalau tahu pun masih kabur?
Sikap yang jelas dan nampak, boleh memandang jauh, berfikiran inovatif, kreatif dan tidak suka "menjadi seperti orang lain", tidak menjadikan kemunduran itu idola tetapi hanya mereka yang "luarbiasa" sahaja yang dilihat sebagai pemangkin kejayaan mereka adalah sikap budaya "negara maju".
Sikap inilah juga yang menyebabkan "hasil sikap " itu dilihat pada Jenama yang dicipta disekeliling hidup kita. Bermula dari awal pagi sehinggalah ke malam , kita dikelilingi oleh hasil "sikap" ini.
Contohnya,
Hidup seorang yang sederhana;
1. Bangun pagi
- COLGATE untuk gosok gigi - (Colgate owned by foreigner)
2. Bersiap ketempat Kerja
Baju Kemeja - DURBAN - (Durban owned by Malaysian)
Seluar - DOCKERS - (Dorkers owned by foreigner)
Handphone - O2 - (O2 owned by foreigner)
Belt - LEVIS - (Levis owned by foreigner)
Kasut - CLARK - (Clark owned by foreigner)
Jam - Tissot - (Tissot owned by foreigner)
Cermin mata - Oakley ( Oakley owned by foreigner)
Perfume - Drakkar (Drakkar owned by foreigner)
3. Menuju tempat kerja
Kereta - Honda - (Honda owned by foreigner)
Radio dalam kereta - SONY - (Owned by foreigner)
Merokok - Salem ( Salem owned by foreigner)
4. Ditempat kerja
Pen - Montblanc - (Montblanc owned by foreigner)
Notebook - ACER - (Acer owned by foreigner)
Minum kopi - NESCAFE - (Nescafe owned by foreigner)
Lunch - Pizza Hut - (Pizza Hut owned by foreigner)
5. Balik kerja
Mandi - sabun LUX - (Lux owned by foreigner)
Tengok TV - Panasonic - (Panasonic owned by foreigner)
Channel tv - ASTRO - (Astro owned by foreigner)
Rancangan TV - HBO - (HBO owned by foreigner)
Suratkabar - Utusan Malaysia - (Utusan owned by Malaysian)
Tanpa kita sedari kita menggunakan Jenama , produk, teknologi dan hakcipta dari negara luar, hampir seluruh hidup kita setiap hari. Kenapa hanya mereka yang mampu membuat setiap produk dari sekecil ubat gigi, sebesar kereta, teknologi TV, teknologi handphone, teknologi komputer, rancangan hiburan, apa yang kita pakai pada diri kita semuanya dibuat dengan begitu terancang sehingga produk mereka menceritakan imej , kualiti, gaya hidup, cara bekerja, cara pergi kerja malah sehingga waktu riadah juga ,mereka boleh mencipta konsep untuk berehat .
Cuba anda fikir sejenak dan senaraikan produk yang mengelilingi anda dirumah , ketempat kerja dan disekililing anda.
Kenapa kita tidak se peka mereka ?
Kita perlu ubah "SIKAP" dari terus menjadi pengguna semata mata .
Kalau kita telah dikaitkan dengan Harta Intelek kenapa Jenama kita tidak dapat pula pergi jauh di pasaran antarabangsa? Dimana silapnya "sikap" kita?
Cuba anda fikir sejenak dan senaraikan produk yang mengelilingi anda dirumah , ketempat kerja dan disekililing anda.
Kenapa kita tidak se peka mereka ?
Kita perlu ubah "SIKAP" dari terus menjadi pengguna semata mata .
Kalau kita telah dikaitkan dengan Harta Intelek kenapa Jenama kita tidak dapat pula pergi jauh di pasaran antarabangsa? Dimana silapnya "sikap" kita?
0 comments:
Post a Comment