Kalau anda pernah pergi di luar negara, pasti anda akan berkata , "Malaysia juga yang best !". Kalau di Eropah kita mungkin tertarik dengan kehidupan moden mereka disamping pemandangan yang cantik. Kalau di Amerika , kita mungkin kagum dengan kehidupan moden dan teknologi mereka. Kalau di Japan pun begitu. Kalau di Sri Lanka , kita mungkin rasa takut dan perbezaan hidup begitu ketara dengan Malaysia. Kalau di Bangkok , kita rimas dengan kesibukan jalanrayanya selain gementar , apa pun boleh berlaku disana. Akhirnya, Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, adalah sebuah negara yang sangat unik. Sebab itulah Amerika cemburukan keamanan negara kita dan tidak mustahil mereka "hairan" bagaimana kita boleh duduk semeja , makan bersama-sama dengan orang india dan cina.
Sahabat baik anak saya adalah seorang India, malah kadang-kadang dia turut berpuasa kerana mengikuti kawan-kawan melayu mereka. Anak saya selalu membawa kawan-kawan mereka tidak kiralah melayu , cina atau india dirumah kami malah selalu juga mereka tidur di rumah kami. Saya kenal ibu bapa mereka malah mereka juga walaupun seorang cina selalu menghantar anak mereka bermain dirumah saya.
Sahabat baik bapa saya juga terdiri dari orang india dan cina. Sewaktu saya kecil, apabila tiba perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina, kami pasti berkunjung dirumah mereka. Mereka pula mesti datang ke rumah kami pula bila tiba Hari Raya. Pergaulan dengan orang cina dan india bukanlah masalah bagi saya semasa di Sek Menengah Convent Bukit Nanas. Saya duduk di sebelah Meja , Ketua Tingkatan saya yang berbangsa cina dan beliau selalu mengajar saya apabila saya tidak faham.
Apabila saya berniaga , klien saya adalah 95% dari orang cina. Saya tidak ada masalah dengan mereka malah ada hubungan perniagaan antara kami , telah mencapai usia 15 tahun. Mereka tahu saya komited dengan kerja saya dan percaya kebolehan saya. Saya pula akan memberi nasihat terbaik untuk syarikat mereka. Tidak ada sebab mereka hendak menipu saya dan tidak ada sebab saya perlu menipu mereka. Walaupun bangsa yang berlainan tetapi apabila berniaga "we do it for Malaysia".
Begitulah uniknya Jenama kita sebagai rakyat Malaysia.

2 comments:
Saya kagum dengan sifat jati diri yang ada pada puan, secara jujurnya, saya amat merindui semangat muhibah antara kaum yg saya rasakan semakin merenggang..
www.kisahjutawan.blogspot.com
Saya percaya kita boleh mengubahnya setidak-tidaknya dengan orang yang berada disekeliling kita. Apabila semua orang mempunyai tanggungjawab yang sama, memainkan peranan warna negara yang "berkualiti", kita boleh mencapai matlamat hidup makmur dengan berbagai bangsa.
Post a Comment