Sebenarnya kita mempunyai banyak produk yang melambangkan identiti Malaysia. Tapi sayangnya golongan yang berkait rapat dengan produk ini tidak dapat atau susah di ubah minda mereka apabila kita terangkan tentang apa itu Jenama. Mereka berniaga bertahun tahun tapi tiada Jenama dan kalau ada Jenama pun hanyalah sekadar "tangkap muat". Tiada perancangan malah tidak perlu apa pengetahuan pun tentang kepentingan Jenama kerana kata mereka pelanggan dah tahu mereka, produk mereka laris juga.
Jadi bagaimanakah kita hendak dapat sebarkan maklumat dan pengetahuan kepada golongan yang sangat penting ini , apabila pemikiran mereka ada "blok" yang sukar ditembusi ?
Produk kita yang unik dan boleh melambangkan identiti Malaysia , tidak dapat diperolihi dengan mudah di negara lain , antaranya :
1. Belacan
2. Cincaluk
3. Keropok Lekor
3. Nasi Dagang
4. Nasi Kerabu
5.Goreng Pisang
6.Nasi Lemak
7. Kuih Muih yang beraneka jenis
8. Tikar
9. Keris /Parang
10. Baju Batik dari kain silk
11. Telekung
12. Seni Ukiran
13. Kraftangan
Produk-produk ini adalah identiti Malaysia tapi malangnya golongan peniaga yang berkecimpung dibidang perniagaan produk produk diatas adalah golongan yang sukar untuk mempercayai kepentingan Jenama. Bukan sekadar nama tetapi Jenama yang ada nilai pasaran.
Padahal Mc Donald cuma jual burger, KFC cuma jual ayam goreng, Baskin-Robbins cuma jual aiskrim, Dunkin Donut cuma jual Donut, Secret Recipe cuma jual kek, Adidas cuma jual kasut, Kraft cuma jual keju, Star Bucks cuma kedai kopi.
Kenapa kita tidak dapat membina Jenama seperti mereka?
Fikirlah.
0 comments:
Post a Comment