Masalah dengki adalah satu penyakit yang kian menular dalam masyarakat kita dewasa ini. Saya pasti setiap kita mempunyai pengalaman dengan penyakit dengki dan irihati didalam keluarga, ditempat kerja, jiran tetangga dan apabila anda berniaga.
Kadang-kadang penyakit ini boleh memusnahkan seseorang apabila melibatkan bomoh dan pawang. Ianya akan menjadi barah yang kronik kalau kita tidak mengambil sikap untuk mendidik "hati" kita supaya menjadi "baik" dalam setiap keadaan.
Sejak kecil , semua kita dididik untuk menjadi seorang yang baik oleh ibu bapa kita. Saya pula sentiasa ingat pesan ibubapa saya setiap ketika malah setiap hari sejak dari kecil saya selalu berbisik pada hati saya , saya mesti jadi baik hari ini, esok pun saya akan berbisik perkara yang sama. Apabila saya sudah dewasa, "saya mesti jadi baik" sentiasa berada di fikiran saya.
Walaupun saya mengalami berbagai rintangan dalam hidup saya sejak dari kecil , saya selalu berazam untuk jadi baik dan tidak mahu "kesusahan" hidup memesongkan fokus saya untuk jadi baik. Apabila saya telah biasa dengan sikap untuk jadi baik , ianya dengan mudah akan disalurkan kepada pemikiran dan tingkah laku kita. Sebagai anak, kita akan jadi anak yang bertanggung jawab, sebagai isteri kita akan sentiasa menjadi isteri yang baik , sebagai ibu saya mesti berusaha menjadikan anak-anak saya berjaya didunia dan akhirat, sebagai kakak saya mesti bimbing adik-adik saya, sebagai insan saya mesti terus membantu mereka yang memerlukan , sebagai peniaga saya mesti mempunyai sikap yang jujur dan begitulah seterusnya.
Apa yang ingin saya sampaikan , apabila kita sudah biasa dengan sikap "untuk jadi baik" maka akan terhakislah sikap dengki dan cemburu yang merosakkan hidup kita. Walaupun bilangan klien saya hampir kesemuanya adalah dari bangsa cina, tidak sedikitpun timbul perasaan dengki untuk membantu mereka untuk berjaya dalam perniagaan mereka. Apabila saya berniaga dengan mereka , mereka rasa saya adalah sebahagian dari mereka sehingga kadang-kadang mereka terlupa saya ini seorang melayu dan dikelilingi oleh mereka peniaga cina. Orang cina adalah bangsa yang sangat kuat berusaha , kalau mereka mengiktiraf kita untuk menjadi sebahagian dari "team" mereka, bermakna mereka percaya kita adalah seperti mereka apabila bekerja. Kalau mereka adalah merupakan klien yang baru untuk mencuba kemahiran saya, mereka akan uji saya dahulu dan selalunya saya tiada masalah kerana apabila kita sentiasa "baik", tiada apa yang mustahil.
Apabila sikap baik itu sudah sebati dalam hidup kita, apapun yang kita lakukan adalah untuk agama , bangsa dan Negara Malaysia.
Cubalah membetulkan azam kita setiap hari, "saya mesti jadi baik"....mungkin ianya seperti waktu kita belajar di sekolah tadika , tapi asas sikap yang betul akan memulihkan penyakit dengki dan iri hati yang kalau tidak ditangani secara serius akan merosakkan mungkin 1 keluarga, kemudian membiak di tempat kerja, akan merebak dalam masyarakat dan kemudiannya akan meruntuhkan kita secara keseluruhannya didalam sebuah Negara.
Mulakannya hanya dengan "saya mesti jadi baik"....

0 comments:
Post a Comment