Kadang-kadang kita selalu terfikir kenapalah orang Melayu , suka sangat nak cepat kaya. Kalau baru berniaga sahaja mesti tukar kereta , kerana nak tunjuk imej orang berniaga. Terus ada pejabat yang lengkap dengan pekerjanya. Tiga tahun kemudian , kita tidak nampak lagi bayang syarikat mereka. Kenapa agaknya?
Apabila kita berniaga , kita mesti mulakan dari bawah. Pastikan "jaringan perniagaan" kita telah betul-betul kukuh barulah bergerak kepada komitment yang lebih besar. Kaum cina kebanyakannya berniaga secara kecil-kecilan selama bertahun-tahun barulah dengan perlahan mereka membesarkan perniagaan mereka. Saya pernah melihat seorang dari Klien cina saya yang berniaga di sebuah kilang yang agak ketinggalan zaman, masih menggunakan pekerjanya untuk mengisi sos buatan syarikatnya kerana tiada mesin. Dia membuka kilang itu selama hampir 20 tahun dan berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membuka kilang yang baru. Pinjaman bank untuk membuat kilang barunya pun hanya 20% dan selebihnya hasil simpanannya selama 20 tahun yang lalu. Sewaktu kilang itu sedang di bina , dia mengajak saya melihat Kilang tersebut dan menceritakan kepada saya bagaimana kilangnya itu akan beroperasi bila siap nanti. Beliau juga membuat rumah beliau di atas kilang tersebut untuk memudahkan beliau bekerja nanti. Walaupun dia sebenarnya seorang jutawan , tapi masih berjimat dan berhati-hati dalam proses membina kilang tersebut. Dia juga selalu mendapatkan nasihat saya supaya Jenama produk beliau tidak mendapat masalah apabila beliau mula beroperasi secara agresif kelak.
Apabila saya melawat beliau di pejabatnya , saya lihat berbagai jenis buku berkaitan dengan perniagaan berada di atas mejanya. Dalam sesuatu keadaan yang beliau kurang faham , beliau akan cuba mendapat sebanyak mungkin maklumat untuk memastikan beliau mempunyai strategi yang betul dalam pemasaran Jenama beliau di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Yang mengagumkan saya , dia tahu pula apa itu kepentingan melindungi Jenama beliau walaupun dia tidak boleh berbahasa Inggeris, dan saya terpaksa menjelaskan dengan bahasa melayu dengan agak susah untuk beliau fahami. Beliau pula cuma belajar setakat Darjah 6. Saya lihat setiap apa yang saya tulis atau surat yang saya beri dari Pejabat Harta Intelek, beliau dapatkan pekerjanya untuk "translate" ke bahasa cina di sebelah mukasurat surat-surat tersebut kerana beliau hendak pastikan beliau benar-benar faham .
Jadi, apabila anda berminat untuk berniaga, jangan malu untuk bertanya. Orang kata , malu bertanya sesat jalan. Malah saya , sehingga hari ini masih terus bertanya dan belajar untuk meningkat pengetahuan saya supaya saya dapat memberi nasihat yang terbaik untuk klien saya.
Janganlah tergesa-gesa untuk kaya. Tiada jalan mudah untuk berniaga. Bukan mudah nak bina "jaringan perniagaan" dan ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk berjaya.
Apabila kita terlalu fokus untuk cepat kaya, maka dengan mudah kita akan terjebak dengan perangkap Skim Cepat Kaya , yang kini di olah dengan berbagai cara sehingga kita tidak sangka kita tertipu dengan kelicikan mereka mempakejkan perniagaan yang kelihatan "betul" tapi sebenarnya bertujuan untuk mengaut untung yang cepat.
Akibat dari kekurangan ilmu dan pengetahuan kita dalam selok belok perniagaan kita dengan mudah menjadi mangsa. Malangnya syarikat yang menjerat majoriti orang melayu ini juga adalah syarikat orang melayu juga. Dalam erti kata lain, orang melayu yang hancurkan orang melayu sendiri.
Mereka pakejkan syarikat mereka dengan begitu "impresif" , siap dengan kereta mewah, berpakaian siap dengan songkoknya , pasti "menutup mulut" mangsa mereka untuk bertanya lebih tentang syarikat mereka kerana "nampak menyakinkan".
Jadi, moralnya, carilah ILMU bila anda berminat untuk berniaga, banyak bertanya dan terus bertanya. Klien saya dari luar negara walaupun telah berniaga sekian lama dinegara mereka , apabila mereka mahu mengembangkan perniagaan mereka ke Negara kita, mereka akan memberikan "list" soalan yang bermacam-macam dan sehingga mereka benar-benar faham dan yakin barulah mereka "melabur" di negara kita.
Cuba baca website ini berhubung dengan masalah biasa tentang orang-orang melayu kita yang suka sangat dengan Skim Cepat Kaya :
Melayu suka Skim Cepat kaya

4 comments:
Assalamualaikum Puan,
Terima Kasih diatas penulisan yang membuatkan saya kembali mencermin diri, Saya kerap lupa dan lalai kepada asas kejayaan seseorang iaitu menuntut ilmu. Blog puan sememangnya menjadi panduan saya untuk terus meniti jalan kearah kejayaan. Satu hari nanti, saya mahukan nama saya itu satu jenama unggul yg melambangkan rakyat Malaysia yg berjaya seperti Syed Mokhtar Al Bukhary..insyaallah
www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
Waalaikumsalam,
Anda masih muda , masih banyak yang boleh dilakukan . Saya percaya anak muda seperti anda kalau mengikuti landasan perniagaan yang betul akan berjaya mencapai matlamat anda. Usaha dan jangan putus asa...saya percaya anda boleh apabila yakin tiada yang mustahil dalam hidup ini kalau kita rajin berusaha.
Dalam perniagaan kita perlulah banyak bersabar dan bertahan. Bukannya nak cepat kaya. Jadikan ia satu ibadat, bukannya nak kumpul duit semata-mata.
Duit mungkin boleh beli segala-galanya tapi duit BUKAN segala-galanya...
Carilah duit hanya sebagai "jambatan" untuk menjadikan kita lebih baik sebagai hamba Allah.
Post a Comment