Saya percaya untuk berjaya dalam apa juga bidang , kita mestilah bukan sahaja bertanggung jawab pada diri kita sendiri tetapi kita juga mesti mempunyai sikap untuk berjaya bersama orang-orang disekeliling kita juga. Dalam erti kata yang lain kalau kita maju, kita maju bersama-sama keluarga kita sekali.
Kalau kita mempunyai sikap hanya mahu berjaya seorang diri, selalunya jarang impian anda akan berjaya kerana anda tidak melepasi sikap majoriti Usahawan yang berjaya di seluruh dunia. Seperti artikle saya yang lepas mengenai "Sikap Jutawan hampir sama" , kita hendaklah mempunyai sikap untuk suka melihat kejayaan orang lain dan selalu menjadikan kejayaan orang lain sebagai penggerak untuk kita lebih maju. Kalau kita berjaya memimpin seorang adik kita berjaya , bukankah rezeki kita akan lebih berkat kerana kejayaan adik kita adalah hasil keikhlasan dan kejujuran kita membimbing mereka menjadi lebih baik dari kita. Ianya tentu lebih baik, kalau kesemua adik beradik kita berjaya dan saling memimpin tangan untuk sama-sama terus berjaya. Apabila semua orang ada sikap yang murni ini, saya percaya kita telah selamatkan sebuah keluarga dari kancah kemiskinan sekaligus bergerak kepada satu blok perubahan cara hidup dan cara berfikir yang lebih dinamik.
Apabila kita masih berada di blok kemiskinan , bagaimana kita boleh terus bergerak ke hadapan kerana sikap-sikap yang negatif selalunya, menguasai sikap ahli keluarga kita yang masih berada di blok kemiskinan. Kemiskinan bukanlah bermakna kemiskinan harta tetapi kemiskinan minda untuk berubah dan kemiskinan untuk bergerak secara berkumpulan. Hasil dari sikap ini akan mencetus masalah yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat kita tentang sikap pemalas, sikap menfitnah, sikap dengki, sikap irihati dan sebagainya. Sikap-sikap ini selagi ujud tanpa disedari dalam keluarga kita akan merosakkan kejayaan setiap ahli keluarga kita. Sebab itu , kita tidak boleh lakukan seorang, kalau boleh kita perlu semua ahli keluarga kita sama-sama berganding tangan untuk maju bersama-sama. Kita perlukan sikap saling bantu membantu yang jujur dan ikhlas dan bukanlah sikap yang berpura-pura kerana "end result" atas sikap yang tidak jujur dan ikhlas akan memberi impak pada kita sebagai "keluarga".
Sudah pasti untuk mencapai matlamat "berjaya semua", kita mestilah sentiasa mempunyai disiplin yang tinggi selain percaya dan mengiktiraf ketua yang akan membimbing "Jenama Keluarga" kita. Masalahnya sikap ego selalu merosakkan matlamat yang ingin dicapai tanpa memahami matlamat besar untuk berjaya. Mungkin kita rasa tertekan kerana mempunyai Ketua Keluarga yang yang tegas tapi ianya adalah lebih baik menjadi tegas kerana tidak pernah saya jumpa seorang Ketua yang Lemah Pendirian dapat mencapai matlamat yang "luarbiasa" dalam hidup mereka.
Saya percaya setiap keluarga mempunyai masalah sikap. Saya percaya dengan kasih sayang yang ikhlas, bimbinglah setiap ahli keluarga anda sekiranya anda mempunyai peluang untuk mengetahui ilmu yang dapat membantu mereka. Landasan pertama , kita mesti sama-sama mencari ilmu yang terbaik untuk semua ahli keluarga kita. Kemudian kita "identify" kebolehan masing-masing dan bergerak "as a team". Gunakan kekuatan setiap ahli keluarga kita supaya setiap mereka mencapai tahap maksima kebolehan mereka. Saya telah lakukan usaha ini pada adik beradik saya dan ianya terbukti berjaya. Cuba anda lakukan pada keluarga anda pula, perkara yang paling utama ialah kita kena sayang adik adik kita dengan "sangat ikhlas" supaya mereka juga akan berjaya dan lebih berjaya dari kita.
Sayang bukanlah bermakna kita tidak boleh menegur mereka. Seorang ibu yang baik selalu menegur anaknya apabila buat silap kerana takut anaknya yang menonton tv setiap masa akan lupa pada solat dan buat homework. Sewaktu kecil , kita marah kalau ibu kita tutup tv sewaktu rancangan kartun yang kita gemari tapi waktu usia itu kita tidak tahu "impaknya" kalau kita abaikan pelajaran kita kalau asyik menonton tv.
Sebab itu kita mesti percaya pada mereka yang telah arif dengan ilmu dan pengalaman apabila menegur kita, kerana teguran itu supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Kalau kita buat silap, akuilah kesilapan kita dan minta pandangan untuk memperbaiki diri kita . Hidup ini adalah proses membuat kesilapan demi kesilapan untuk menjadikan kita lebih baik. Sewaktu kita kecil berapa banyak kesilapan kita apabila belajar matematik dan sains. Kita terus buat latihan dan latihan, akhirnya kesilapan kita makin sedikit . Bila dewasa begini semua orang masih hafal sifir 7, 8 atau 12, tetapi masa kita kecil berapa kali kita buat silap ?
Oleh itu dalam proses menjalani hidup ini , akan berlaku kesilapan yang berbagai-bagai, jadikanlah sikap yang ikhlas untuk menegur dan membantu kerana bantuan ikhlas dari adik beradik sangat perlu untuk sama-sama kita maju. Orang lain mungkin seperti "hendak menbantu" kita , tapi kita tidak tahu benarkah mereka ikhlas hendak bantu kita? Kalau kita telah berjaya memupuk sikap sayangkan setiap ahli keluarga kita , insyallah akan selamatlah kita sebagai keluarga yang berjaya.
Adik adik saya menjadikan kami tempat mereka merujuk atas sesuatu keputusan dan tindakan yang mereka ingin buat. Adik-adik saya walaupun telah menjadi Ketua di tempat kerjanya masih meminta nasihat kami tentang bagaimana menguruskan pekerja mereka pada tahap yang maksima. Nasihat kami sebagai orang yang lebih berpengalaman terus di iktiraf walaupun adik adik saya sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Pandangan dan nasihat tentang kerja dan cara menangani masalah hidup sentiasa menjadi topik kami apabila kami bertemu kerana kami mahu sama-sama terus memperbaiki diri, meningkatkan tahap kerja dan memiliki kualiti kasih sayang antara adik beradik yang terus berkembang. Sikap ini bukan lagi jadi sikap yang di ajar dari ibu bapa kepada saya sebagai anak yang sulung, malah sikap itu kini juga ada pada setiap adik beradik saya , kepada pasangan isteri dan suami masing malah ianya berkembang kepada anak-anak kami juga. Cuba baca artikle dibawah yang berkaitan dengan sikap yang tidak merosakkan kita ini supaya kita sama-sama berazam untuk menjadi Melayu Baru yang mempunyai sikap yang positif.....
Bagaimana sikap seorang Jutawan ?

0 comments:
Post a Comment