Saya percaya generasi muda hari ini tidak dapat hidup tanpa internet. Agak pelik kalau remaja sekarang ini tidak mempunyai friendster, face book atau pun myspace. Jaringan kawan-kawan begitu luas malah anda masih boleh berinteraksi dengan kawan sekolah anda walaupun ada yang telah pergi di Universiti berlainan di Malaysia mahupun di Luar Negara. Begitulah "kuatnya" jenama Friendster dsbnya.
Saya percaya ramainya juga dari ibu bapa dan saudara mara , remaja ini yang pandai memasak, berniaga kuih muih, menjahit dan sebagainya. Selalunya ibu bapa atau pakcik-pakcik kita ini tiada masa berinternet seperti anda. Memandangkan anda ada kemahiran berinternet, mengapa tidak anda bantu meluaskan jaringan "kepakaran" ibubapa dan pakcik pakcik anda. Buat blog untuk mereka , listkan kepakaran mereka buat "nasi lemak" atau "lontong" misalnya. Letakkan alamat mereka dan No. Hp mereka. Mereka mungkin terkejut , macam mana orang dari Melaka boleh tahu saya buat Nasi Lemak dan nak order Nasi Lemak pakcik kita.
Kalau semua remaja dapat "promote" satu produk makanan yang mereka tahu pakcik mereka masak sedap , atau ibu mereka buat memang best, tidak mustahil , apabila kita teringin nak makan "kuih kasui" , kita cari di internet , kuih ini boleh saya dapat "homemade" dari seorang makcik yang mungkin hanya tinggal di bersebelahan Taman Perumahan saya.
Cubalah, walaupun anda seorang remaja, gunakan kepakaran anda menyebarkan maklumat melalui internet tentang kepakaran kaum keluarga anda . Kalau semua kita memainkan peranan dan menggunakan kepakaran masing-masing, insyallah produk makanan orang Malaysia tidak mustahil untuk diperolihi dimana-mana.
Kita sama-sama memulakannya.....
0 comments:
Post a Comment