Saya pernah makan kerepek ini dirumah adik ipar saya sewaktu kami menziarahi beliau sewaktu dalam pantang. Kerepek ini dibeli di Nilai . Bila kita mula makan kerepek ini, kita tidak boleh berhenti malah akan makan sampai habis. Padahal waktu itu , kami berada di rumah mertua adik saya tapi kesedapan kerepek tersebut membuat kami terlupa untuk malu dan makan hingga habis. Begitulah kuatnya "rasa dan kesedapan" kerepek ini. Saya yang cerewet bila memilih makanan pun boleh makan kerepek ini sampai habis.
Sewaktu berziarah di rumah adik saya ini baru-baru ini, beliau memberikan kami kerepek ini lagi . Rupa-rupanya adik ipar saya ini masih ingat lagi "aktiviti tidak normal" kami bila makan kerepek ini. Tentulah saya gembira .
Apabila dirumah saya dan suami saya makan kerepek ini dan seperti biasa ianya habis sekejap sahaja. Ianya cuma di bungkus dalam plastik, TANPA nama, jenama, no.telefon dan sebagainya. Hanya bungkusan plastik putih yang kosong yang tiada maklumat. Cuba anda fikir, tak akanlah saya nak beritahu adik ipar saya untuk belikan lagi kerepek itu, tentulah malu . Dan saya pula tidak lah dapat untuk membeli kerepek tersebut kerana nak cari macam mana. Nilai itu besar dan banyak kedai, dan saya tidak tahu di kedai manakah untuk mendapatkan kerepek itu. Saya pernah cuba berbagai jenis kerepek dalam hidup saya tapi "kerepek ini lain dari yang lain".
Kalau pembuat kerepek itu tahu "nilai" kerepek ini , tentu dia tidak percaya. Alangkah bagus kalau pembuat kerepek ini ada Jenama, ada maklumat, ada label. Malangnya pembuat kerepek ini rasa "ilmu" Harta Intelek tidak penting dalam perniagaannya malah mungkin tidak pernah malah tidak perlu tahu . Mereka mungkin berkata, "kerepek saya orang beli juga!".
Fikirlah....

0 comments:
Post a Comment