Sewaktu anak-anak saya masih kecil , saya selalu menggalakkan mereka untuk menjadi seorang yang kreatif. Contohnya apabila anak saya mahu membantu saya didapur untuk memasak, saya berikan beliau periuk, pisau dan sayuran yang ada untuk beliau melakukan apa saja yang beliau suka dengan bahan-bahan yang serupa seperti saya apabila bila memasak.
Saya bentangkan tikar diluar dapur , saya memasak di dalam dan anak saya masak diluar. Jiran saya bertanya kepada saya mengapa saya membenarkan anak saya bermain pisau . Saya kata anak saya ini mahu memasak. Beliau perlukan pisau untuk memotong sayur-sayuran itu dan saya akan perhatikan supaya anak selamat dari luka. Alhamdullilah , anak saya ini tidak pernah pula luka terpotong jarinya. Anak saya ini menggunakan pisau itu berhati-hati kerana saya beritahunya kalau beliau lukakan jarinya saya tidak akan beri beliau memasak lagi. Saya pula pastikan pisau itu tidaklah berapa tajam. Tentulah ianya adalah satu "permission" untuk memasak yang sangat digemari oleh anak saya kerana kawan-kawannya tidak pernah dapat peluang seperti itu pada usia 2 tahun. Akhirnya bila dewasa anak saya ini minat melihat Chef di luar negara masak , kalau saya malas masak , saya akan beritahu pada anak saya untuk masakkan untuk mama. Walaupun masakan yang ringkas tapi beliau ada bakat dan minat walaupun dia anak lelaki. Beliau juga minat merasa masakan dan pandai makan dalam erti kata menilai kesedapan sesuatu masakan . Kemahiran rasa masakan juga perlukan kreativiti. Tapi modalnya kita kenalah selalu bawa mereka makan di berbagai tempat untuk melatih kemahiran merasa makanan ini. Anak saya bila dewasa tidaklah pula seorang yang kuat makan tapi bila makan lebih kepada "enjoying to taste".
Saya juga percaya melukis akan memberi dan mencipta pemikiran yang kreatif. Setiap kali anak saya mahu membeli 'watercolor" saya tidak akan membantah. Kalau mereka mahu melukis , saya akan sediakan semua 'watercolor, crayon, pensil warna" dan belikan kertas untuk melukis. Saya bentangkan tikar di padang rumah atau di taman rumah saya supaya mereka boleh melukis seperti pelukis. Saya tidak marah kalau mereka begitu comot malah saya suka mereka bermain dengan berbagai warna dan beri apa saja yang mereka mahu untuk "explore" kreativiti mereka. Kalau setiap minggu mereka ada matapelajaran senilukis di sekolah , setiap minggu juga saya kena beli pensil warna yang baru, sehingga sampai satu peringkat mereka tidak larat lagi untuk membeli pensil warna. Asalkan mereka mahu menulis atau melukis , saya tidak pernah menyekat keseronokan mereka membeli bahan bahan untuk menulis dan melukis, begitu juga dengan buku dan kertas untuk membuat kad ucapan dan berbagai jenis kad.
Bila dewasa apabila membuat hadiah untuk kawannya, dia sudah boleh membuat kad yang sangat kreatif dan saintifik pula. Dia tidak suka membeli kad ucapan kerana katanya sesebuah hadiah itu akan jadi lebih sentimental kalau ianya dibuat sendiri. Bila diasrama , kawan-kawannya menggunakan khidmat anak saya untuk membuat hadiah pada kawan mereka kerana mereka tahu hadiah yang dicipta anak saya adalah unik dan tidak ada dijual di mana-mana kerana hanya anak saya yang tahu bagaimana hendak membuatnya. Tapi saya terpaksalah memberikan beliau modal , mancarikan material yang diperlukan supaya apa yang beliau hendak buat untuk menjadi hadiah yang unik dapat beliau realisasikan.
Bila kami pergi ke Carrefour atau ke KLCC , anak-anak saya hanya minat pergi ke Kedai Buku , mereka boleh pilih apa saja yang ada di kedai buku itu dan sebelum mereka dapat permission untuk beli buku baru mereka perlu pastikan buku yang dibeli sebelum ini sudah habis di baca. Kalau nak beli alat tulis , mereka kena beritahu saya kenapa nak beli lagi, kadang-kadang kerana buku tulis itu menarik , dia minat nak tulis sesuatu atau nak tampalkan sesuatu pada buku itu.
Saya juga percaya pemikiran kreatif mesti juga didedahkan dengan muzik. Saya belikan gitar dan tidak pernah menghantar anak saya ke kelas muzik. Saya ingin melihat sejauh mana kreativiti anak saya ini , dan tanpa disangka dia belajar dengan "minatnya" sendiri. Kalau dia tidak kreatif tentu dia tidak dapat bermain gitar itu. Malah tanpa disangka anak saya sudah boleh mencipta lagunya sendiri.
Saya juga dedahkan anak saya dengan pasir , jadi semasa kecil kami selalu ke pantai bermain pasir bersama-sama dan berlumba membuat sand castle. Bila anak saya teringin nak main pasir lagi , dia cuma perlu beritahu saya , dan kami akan pastikan kami akan bawa mereka ke pantai.
Saya juga percaya mencintai alam sekitar akan memberikan kreativiti kepada minda kerana alam semulajadi adalah "guru" kepada kreativiti. Selain dari aktiviti berkelah dan masuk ke hutan, saya suka membawa anak-anak saya melihat alam sekitar. Bila agak dewasa , saya lepaskan mereka pada aktiviti "summer camp" dan OBS.
Kini apabila mereka agak dewasa dan melalui zaman remaja, kemahiran pemikiran kreatif dapat di lihat dengan cara menguruskan diri dalam aktiviti berniaga secara tidak langsung. Anak lelaki saya mempunyai begitu banyak idea dan gunakan rakan mereka untuk lukiskan ideanya , kemudian mereka jual contoh-contoh lukisan sebelum di printkan pada t-shirt untuk dijual pada rakan-rakan mereka. Saya lihat 'olahan" pemikiran mereka melalui lukisan sangat menarik. Cara kita melihat begitu lain dari mereka. Anak-anak ini pula boleh menggunakan Sains yang mereka belajar di sekolah dan di olah menjadi Bumi , manusia dan berbagai bentuk yang kadang-kadang tidak pernah terfikir oleh kita. Ucapan hari raya mereka juga diolah menggunakan ayat-ayat yang saintifik yang kadang-kadang kita tidak sangka boleh jadi susunan ayat yang berbeza dan unik.
Jadi apabila anak anda mahu "explore" perkara yang baru , jangan sekat pemikiran mereka, beri mereka peluang supaya mereka dapat menjadi seorang yang kreatif dan unik. Ianya mungkin perlukan sedikit modal untuk mencari dan mengasah bakat pemikiran kreatif, tetapi ianya adalah perlu supaya generasi kita yang akan datang bukan lagi generasi seperti kita yang lebih selesa menjadi "pengguna" semata-mata. Kita perlukan generasi baru, iaitu generasi "pencipta" dan kita perlu mulakan sejak mereka kecil lagi.
Apabila pemikiran kreatif sudah dapat diterapkan pada minda mereka, apabila mereka dewasa, kalau mereka jadi peniaga , mereka akan jadi peniaga yang kreatif, kalau mereka jadi Jurutera, mereka akan jadi Jurutera yang dapat "mencipta", kalau mereka seorang guru , mereka akan jadi guru yang "kreatif" mencipta sistem pembelajaran yang baru, kalau mereka pakar computer, mereka akan mencipta "game computer". Biar apa saja minat mereka, mereka akan ada minda untuk "mencipta".
Budaya mencipta adalah budaya negara maju. Jadi sebagai ibubapa kita harus belajar, memberi peluang dan fokus supaya anak-anak kita dididik untuk menjadi "pencipta". Anak-anak ini tidak tahu jadi kitalah yang kenalkan pada mereka tentang kepentingan untuk menjadi seorang yang "kreatif". Apabila mereka kreatif , letaklah dimana mereka, mereka akan jadi lain dari yang lain....
Latih otak kiri dan juga otak kanan...

0 comments:
Post a Comment