Saya percaya dalam memupuk kesedaran mengenai pentingnya membina Jenama, ianya mestilah bermula dari "sikap" pengusaha itu sendiri. Sikap seorang yang berjaya selalunya konsisten dengan seorang yang berjaya yang lain.
Saya tertarik dengan blog seorang anak muda yang mengumpulkan kisah-kisah Jutawan di seluruh dunia dan juga di Malaysia untuk kita jadikan iktibar dan panduan.
Blog Haizal Ramdzan http://kisahjutawan.blogspot.com
Ianya memuatkan begitu banyak kisah tentang sikap jutawan yang hampir serupa dengan jutawan yang lain. Sikap mereka ini pula selalunya mempunyai nilai murni yang dikagumi, bekerja bersungguh-sungguh, kreatif dan selalunya mereka ini mempunyai wawasan dan berpandangan jauh disamping tidak mengabaikan tanggungjawab sosial dan pentingkan keluarga mereka.
Kalau anda bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya anda mestilah mempunyai sikap diatas sebelum anda berjaya . Kalau anda masih belum mempunyai sikap diatas , anda mungkin dapat menjadi usahawan berjaya tapi mungkin tidak bertahan lama.
Contohnya, anda menjual Nasi Ayam. Hari ini kerana hujan , Nasi Ayam anda banyak lagi yang belum habis. Anda panaskan supaya ianya boleh digunakan dan di jual keesokan hari. Apabila tiba esok hari, anda rasa Nasi Ayam anda sudah berbau. Tapi hati anda berkata, "bau sikit aje, masih boleh dimakan". Seorang pembeli, membeli Nasi Ayam anda hari itu, dia tidak perasan Nasi Ayam anda berbau, dia makan hingga habis. Beberapa jam kemudian dia sakit perut dan terpaksa bercuti keesokan harinya kerana sakit perut. Pembeli itu pula tidak tahu makanan apakah yang dia makan sehingga dia sakit perut.
Kita mungkin biasa dengan sikap ini sebagai peniaga. Kita mungkin dapat atau terlepas dari di syakki sebagai pembawa penyakit kepada si pembeli tadi, tapi kita tidak mungkin dapat "mengaburi" mata Allah. Sebab itu kalau kita ada sikap yang baik, kita tahu tuhan sentiasa melihat tindakan kita, kita tidak akan membuat tindakan seperti penjual Nasi Ayam tadi. Kita lebih sanggup membuang Nasi Ayam tadi dan rugi sedikit atau rugi banyak , dari kita membuat orang lain sakit . Itulah antara pertimbangan yang mesti dibuat dan akan terus di uji setiap kali kita berniaga. Allah melihat dan akan memberi keberkatan kalau kita buat dengan cara yang betul. Sebab itu "sikap" sangat penting dalam membentuk sebuah perniagaan sekaligus dapat mencipta Jenama yang baik.
Seorang Jutawan sentiasa pentingkan kualiti ..sekali Jenama mereka tercalar kerana 'kualiti" yang tidak konsisten, mereka akan menanggung akibatnya .
Sekali minuman Coca Cola ada termasuk "benda" misalnya, kisah itu akan diceritakan bertahun-tahun malah mungkin tidak akan tamat orang menceritakan kesilapan mereka itu.
Seorang Jutawan sentiasa pentingkan kualiti ..sekali Jenama mereka tercalar kerana 'kualiti" yang tidak konsisten, mereka akan menanggung akibatnya .
Sekali minuman Coca Cola ada termasuk "benda" misalnya, kisah itu akan diceritakan bertahun-tahun malah mungkin tidak akan tamat orang menceritakan kesilapan mereka itu.
0 comments:
Post a Comment