Kadang kadang kita hairan mengapa pemikiran kita masih di takuk lama, usaha kita "seperti sudah bersungguh-sungguh" tapi kita masih tidak dapat mengubah hidup kita. Mengapa agaknya?
Sebagai pelajar, kita kata kita sudah belajar bersungguh-sungguh tapi pencapaian kita masih juga begitu.
Sebagai pekerja , kita kata kita sudah bekerja bersungguh-sungguh tapi kenapa kita tidak di iktiraf sewajarnya.
Sebagai peniaga , kita kata kita sudah berniaga bersungguh-sungguh tapi kenapa perniagaan kita tidak seperti orang lain.
Sebagai ibubapa, kita kata kita sudah mendidik anak kita bersungguh-sungguh tapi kenapa anak kita hanyalah sekadar anak yang biasa.
Dimana silapnya kita?
Mungkinkah perkataan "bersungguh-sungguh" itu digunakan ditempat yang tidak sepatutnya. Misalnya usaha kita baru 20 % kita sudah kata usaha itu bersungguh-sungguh. Padahal usaha 100% digunakan oleh orang lain dimana mereka mencari ilmu itu siang dan malam, tidurpun tidak pernah lena, makanpun sekadar cuma, membaca hampir seluruh hidup mereka dan mereka ini masih juga tidak berpuas hati dengan usaha yang begini, katanya masih belum cukup usaha walaupun mereka telah memberi input melebihi 100% dalam hidup mereka dan konsisten pula .
Saya lihat tidak ramai orang yang mempunyai usaha 100% malah lebih. Bilangan ini sangat sedikit. Majoriti pula hanya menggunakan usaha 20% tapi sudah tidak segan menggunakan perkataan bahawa mereka telah berusaha "bersungguh-sungguh".
Kita selalu kecewa bila tengok pasukan Malaysia berlawan bola dengan negara lain. Kita kecewa kerana begitu banyak insentif diberi tapi pencapaian mereka masih di takuk lama. Tapi kita terlupa melihat pada diri kita, begitulah juga kita yang seperti juga pemain bola itu , yang masih ditakuk lama. Mereka kata mereka telah berusaha bersungguh-sungguh tapi kenapa keputusannya selalunya kita juga yang kalah.
Apakah kita semua akan sentiasa kalah , kalah sebagai pelajar, kalah sebagai pekerja, kalah sebagai peniaga, kalah sebagai ibubapa?
Key point untuk tidak kalah , carilah Ilmu, cari ilmu sebagai pelajar, cari ilmu sebagai pekerja, cari ilmu sebagai peniaga, cari ilmu sebagai ibubapa . Dan bila kita cari ilmu kita kena bersungguh-sungguh dalam ertikata 100% dan lebih...tapi sanggupkah kita tidak tidur malam menelaah ilmu siang dan malam , tidak jemu-jemu untuk bertahun-tahun?

1 comments:
post yang menarik..
betul rasanya belum 100%
X BOLEH DIKIRA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Post a Comment