Melihat begitu ramainya orang kita ambil "sangat mudah" tentang Jenama mereka, samada mereka jual kuih, jual nasi lemak, jual baju, jual tudung, jual brooch, jual kerepek, jual buku, jual insuran, kedai salon, kedai dobi, kedai makan, kedai fotostat, kedai runcit, kedai cuci kereta, kedai repair computer, kedai jual handphone, dan sebagainya.
Apabila ada "pembeli dan penjual" diantaranya adalah "JENAMA".
MUNGKIN kita belum boleh ubah budaya fikir masyarakat.
MUNGKIN kita suka ambil mudah.
MUNGKIN kita rasa tak perlu.
MUNGKIN kita tengok orang lain pun tak buat Jenama.
MUNGKIN kita memang tak tahu kenapa "penting" sangat perlu Jenama.
MUNGKIN kita belum sedia nak ada Jenama sebab orang lain buat Jenama jugakah?
MUNGKIN yang penting barang kita terjual juga , tanpa susah susah hendak tahu apa itu Jenama.
MUNGKIN kita berniaga cuba nasib sahaja.
MUNGKIN ......
Agaknya sampai bila kita akan dan boleh berubah ?
Kemudian , tidak ada sikit pun merasa takut atau gusar bila berniaga tanpa Jenama. Bukankah itu kerja sia-sia, ibarat jadi penyanyi tapi kita tiada ada nama, orang panggil kita "penyanyi" kerana kita boleh menyanyi. Bagaimana kita hendak tahu "penyanyi" yang menyanyi sedap itu adalah "ANDA".
Padahal bila kita "lindungi" Jenama kita , kita melindungi "hak berniaga " kita.
MUNGKIN , anda lebih tahu kenapa Jenama tidaklah penting untuk perniagaan anda....
0 comments:
Post a Comment