Tuesday, January 22, 2008

TIPS UNTUK MENGETAHUI SAMADA KONSEP "MULTI LEVEL" DIGUNAKAN

Apabila satu konsep perniagaan kelihatan terlalu bagus dan mustahil menjadi kenyataan , mungkin itu "konsep piramid" atau "multi level marketing" :

Tips :

1. Elakkan apa-apa plan yang menawarkan komisyen apabila berjaya mendapatkan keahlian baru (recruiting additional distributors)

2.Berhati hati pada plan yang memerlukan "agen baru" untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli barang-barang pada harga yang tinggi (high-priced inventory)

3.Berhati hati pada plan yang menyatakan bahawa anda akan membuat duit pada "continued growth of your downline" - Komisen anda dapat dari jualan dari agen baru yang anda recruit - bukan komisen dari jualan yang anda jual sendiri.

4.Berhati hati pada IDOLA sesebuah plan contohnya anda akan jadi seperti mereka kerana dapat memiliki kereta atau rumah kerana telah mencapai ke level yang diharapkan oleh semua ahli - semua ini hanyalah umpan supaya anda terus "recruit new member".

Moral of the story - konsep perniagaan yang betul ialah jual "produk" bukan "dapatkan keahlian baru sebanyak mungkin".





Monday, January 21, 2008

Congratulations

My dearest son Ameer Shafiq, CONGRATULATIONS for getting flying colours for your semester exam...

Excellent is never an accident !

Friday, January 18, 2008

Happy Birthday

To my dearest son Muhamad Faisal , mama wish you a very Happy Birthday , so now you're 17 ....wishing you all the best in your coming SPM...

Thank you for being a great son...

Ebook

E-book bermaksud "Electronic Book". Bukan dalam bentuk buku konvensional kulit keras.

by rahsiaebook.com

Boleh dimuat turun dari laman web atau e-mel ke dalam komputer.

Boleh disimpan dalam bentuk digital atau elektronik.

Boleh disimpan di dalam CD, 'thumb drive', 'hardisk', disket. Mudah dipindah alih dan senang dibawa ke mana-mana.

Boleh dicetak ke printer untuk bacaan secara offline.

Boleh dihantar melalui e-mel dan diletakkan di dalam laman web.

Terdapat dalam 2 format yang popular iaitu .pdf dan .exe. Boleh dibaca melalui komputer samada di rumah, cyber cafe (CC), di pejabat atau dimana saja.

Boleh dilindungi oleh kata laluan atau "password". Fail e-book tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain. Ianya juga tidak boleh di 'copy' dan 'paste'. Ia milik anda dan pelanggan anda sahaja.


********


Saya dapati ramai yang berminat pada konsep ebook. ianya adalah salah satu bidang perniagaan yang sangat berkembang maju dewasa ini dimana penjualan buku hanya di lakukan melalui internet. Contoh mereka yang berjaya antaranya Irfan khairi.


Buku buku yang bercorak motivasi perniagaan, cara untuk buat duit melalui internet adalah judul yang tentu menarik ramai pembeli. Tentu ramai yang mahu berniaga sendiri dan boleh melakukan marketing sendiri melalui internet.


Maka tumbuhlah banyak web master yang mendapatkan

"penulis - penulis" untuk menulis ebook. Sebagai "penulis" anda "mesti" mengambil langkah bijak seperti yang telah saya bincangkan dalam artikle sebelum ini.

Kemudian barulah anda menandatangani kontrak dengan webmaster untuk ebook anda .

Kalau dulu , kita jumpa penerbit buku, untuk terbitkan buku kita , sekarang kita jumpa web master untuk "list"kan ebook anda .

Ianya adalah lebih baik kalau anda sendiri jadi "web master" untuk ebook anda. Kata pepatah alang alang pandai IT , belajar semua termasuk jadi web master dan dari situ anda boleh tulis ebook anda, anda boleh berniaga apa saja (contoh ebay).

Masalah timbul pada ebook, ialah web master mungkin tidak memberi jumlah sebenar penjualan ebook anda dan ini mungkin akan "affect" jumlah royalti anda. Jadi anda perlu berhati hati memilih web master.

Pastikan manuskrip anda telah anda "protect" seperti artikle saya sebelum ini sebelum anda beri pada web master untuk mereka menilai samada akan menerima ebook anda atau tidak. Kadang kadang , web master kata mereka tak dapat terima ebook anda dan sebulan kemudian anda lihat ebook itu telah berada di pasaran dengan nama penulis yang lain. Jadi berhati hatilah, hakcipta ebook sama seperti buku /novel/komik, mudah dieksploitasi oleh pihak yang berniat jahat. Sebab itu anda kena "smart". menjadi penulis bermakna anda seorang pemikir, so fikirkan hak anda dulu sebelum pergi jauh.

Apabila anda telah sediakan "bukti" ia adalah ebook anda, apabila ia dicetak rompak, ianya menjadi kerja yang mudah bagi peguam anda untuk ambil tindakan pada pihak berkenaan.

macam saya kata...

simple action BIG IMPACT...

# the above action applies for photography, songs, lyrics, artist, computer program, game etc.

# untuk ebook / buku guna NAMA anda sebagai Trade Mark. Atau nama samaran yang UNIK misalnya Jihaty Abadi, Zaihasra etc





Thursday, January 17, 2008

Orang Melayu sebenarnya sangat berminat untuk berniaga tapi....?


Saya percaya dengan keujudan Internet, ramai yang berminat untuk berniaga. Sikap yang bagus. Kita boleh berniaga apa saja melalui internet. Lingkungan atau Networking orang melayu sangat kecil dalam dunia perniagaan kalau dibandingkan dengan bangsa lain.

Masalah kita , konsep perniagaan kita selalu silap. Kita kena faham asas perniagaan sebelum kita mampu pergi kepada isu yang lebih global.

Saya lihat orang melayu kita hanya berminat berniaga "direct selling", "pyramid marketing" , "forex trading", "ebook" dan berbagai bagai lagi "e" business.

Tidakkah pernah anda terfikir bahawa konsep menjual "direct selling" selalu disalah erti kan. Kenapa saya kata begitu? Didalam perniagaan ada beberapa perkara asas :

1. Bahan / Material untuk dijual
2. Pengilang
3. Pemborong / Agen
4. Pembeli

A. BAHAN

Dalam setiap perniagaan mesti ada asas perniagaan di atas. Kalau kita pakar No. 1 , kita fokus pada "bahan /material". Misalnya kita jadi penternak ikan, penanam sayur, etc. Tapi itu bukan perniagaan yang relevan bagi muda mudi sekarang ini. Jadi kita olahkan "bahan" kepada "kepakaran". Apakah kepakaran anda? Anda bijak buat program computer, anda bijak jadi web hosting, anda bijak buat web site, anda bijak game internet?. Kalau anda ada skil No. 1, maknanya anda ada "Bahan" dan anda boleh mulakan perniagaan anda sendiri.


B. PENGILANG


Soalan seterusnya, Pengilang? Anda perlu ada bahan No.1 , baru anda boleh jadi pengilang , kalau Bahan CILI , anda boleh jadi pengilang CILI SOS, CILI BOH, CILI . Kalau anda ada SAYUR , anda boleh jadi pengilang untuk membungkuskan sayur sayur tersebut, bubuh Trade Mark pada sayur anda, supaya orang boleh tahu sayur mana yang lebih baik dan segar. Atau contoh paling mudah anda jadi pengilang ayam, anda dapatkan ayam dari PENTERNAK AYAM, di kilang anda, anda proses ayam itu dan anda bubuh Trade Mark . Contoh di pasaran AYAM MAS, AYAM etc..

Tapi seperti diatas , pengilang seperti contoh di atas tidak relevan dengan muda mudi seperti anda. Bagaimana anda boleh di definasikan sebagai "PENGILANG"?. Anda adalah pengilang kalau anda ada kepakaran WEB HOSTING, anda ada kepakaran IT, anda pandai photography, jadi anda cipta GAME CENTER anda sendiri, anda cipta INTERNET CENTER anda sendiri, anda pandai HOSTING, anda jadikan ianya hos untuk forum, search engine, konsep you tube , online system for business misalnya, trading center.

TETAPI , anda mesti ada Trade Mark, misal search engine YAHOO , GOOGLE etc, atau ORANGE Internet, tempat cyber cafe, atau web hosting untuk members for game, seperti game BANDAI etc. TAPI mesti ada Trade Mark. Anda bergerak atas nama Trade Mark yang anda pilih, hari ini mungkin secara kecil kecilan tetapi selepas 5 tahun , 10 tahun anda bergerak diatas Trade Mark yang sama, saya pasti anda akan diterima dalam "kepompong peniagaan anda".

Secara tak di sangka anda dah masuk No. 2, jadi perniagaan anda relevan dengan asas perniagaan.



C. Pemborong / Agen



Seperti AYAM dan SAYUR di atas , yang di proses di Kilang, anda perlukan "marketing". Siapa yang akan jadi PEMBORONG atau AGEN. Contoh , kita ada CARREFOUR, TESCO, MAKRO, GIANT, PARKSON, METRO JAYA, SOGO , KLCC...mereka ini dikategorikan sebagai pemborong /agen untuk menjual barang PENGILANG tadi. Kalau dulu , kedai runcit, dan tidak pernah kita jumpa kedai runcit orang kita , ada Trade Mark. Trade Mark mereka selalu SYARIKAT AH CHONG, KEDAI RUNCIT PAK ALI, KEDAI BASIKAL RAJASAMY. Bolehkan bergerak untuk lebih jauh dengan nama seperti itu. Dulu kita tidak terfikir kedai runcit boleh jadi macam CARREFOUR, SEVEN ELEVEN , konsep dia sama macam kedai runcit. "Satu tempat dimana barang barang konsumer diletakkan secara teratur ".

Tapi , pernahkan di satu hari minggu, adik adik atau girl friend anda mengajak anda bersiar siar di dalam kedai runcit "KEDAI RUNCIT PAK ALI"?

Tapi , pernahkan di satu hari minggu , girl friend anda mengajak anda berjalan jalan atau mungkin dating di CARREFOUR ?

Cuba fikir kenapa atas setiap jawapan?

Pernahkah anda mengikut ibu anda ke Pasar Selayang membeli ikan? Bagaimana suasananya?

Pernahkan anda mengikut ibu anda ke CARREFOUR membeli ikan , sayur , cili?

Bila sebut PASAR SELAYANG ? Apakah yang terbayang difikiran anda ? Busuk, kotor, sesak.

Bila sebut CARREFOUR ?

Jadi, itulah 'the power of Trade Mark", simple word "CARREFOUR" tapi dapat menceritakan apa yang boleh dia dapat, untuk pergi ke CARREFOUR. One stop center, boleh beli barang dapur, boleh beli baju, boleh beli cat, boleh beli buku, boleh beli CD, boleh makan kat Mc Donald, boleh bawa anak anak main permainan di food court, dan itulah CARREFOUR.


Sebab itu CARREFOUR ada di banyak tempat di MALAYSIA, dan juga di merata tempat di DUNIA.

Jadi , anda sudah boleh jadi web hosting, cyber cafe, web designer , internet game etc, tapi anda mesti bergerak di atas satu TRADE MARK yang akan menceritakan keupayaan anda, siapa anda.

Tapi kena ingat , cuba "be Malaysian". Cipta Trade Mark yang ada unsur MALAYSIA. Supaya kita ada identiti. Jangan malu nak promote LAT, dulu LAT cuma pelukis kartun, buat komik, sekarang ada rancangan TV bertajuk LAT . LAT hanyalah nama timangan tapi berapa tahun dia bergerak atas nama LAT dan setelah berpuluh tahun baru boleh "establish name".



PERMASALAHAN :



Ramai orang melayu kita bila berniaga , terus lompat No. 3, maksudnya terus jadi pemborong/agen.

Bila masuk 'direct selling" hantar beratus sms suruh join dan bagi tahu kalau kita dapat rekrut ahli 1 orang kita akan dapat sekian banyak, kalau lagi banyak , lagilah banyak , dengan target dalam masa 1 tahun misalnya kita akan jadi kaya kerana reach target.

Moral of the story , konsep perniagaan dah salah. Mana ada dalam dunia ini orang yang berjaya dalam perniagaan akan kaya dalam masa 3 bulan.

Kalau masuk 'forex trading" pun sama , masuk duit dalam masa 1 bulan misalnya RM100.00, sebulan kemudian dah dapat balik RM100.00. Itu perniagaan yang silap.

Bank pun mampu beri misalnya 10% dividen itupun kalau labur untuk satu jangka masa dan selalunya 1 tahun genap baru dapat untung RM100.00 , kalau kita simpan RM1,000.00. Tapi itu adalah menurut konsep perniagaan yang betul.

Logik, cuba kita fikir, kita nak tanam sayur pun kita kena tunggu 3 bulan , kalau ternak ayam kita kena tunggu dia besar dulu untuk beberapa bulan baru boleh jual. Kalau 1 ekor ayam dijual pada harga pasaran 1 kg =RM3.00. dan setiap 1kg, modal untuk dia besarkan 1kg ayam ialah RM2.00, dia akan dapat untung RM1.00 , itupun setelah 2/3 bulan. Tapi konsep perniagaan dia adalah betul.

Malangnya orang melayu kita hanya berminat untuk cepat kaya apabila berniaga, cepat nak terus terkenal barang dia, padahal semua itu memerlukan masa .

Berniaga direct selling dua bulan dah terus dapat RM10,000 sebulan, masuk skim cepat kaya dua bulan dah dapat untung berlipat ganda.

Didalam perniagaan kita perlu sabar dan berusaha tapi ciri ciri ini tidak ada pada "perniagaan" yang orang melayu minat.

Kesedaran inilah yang perlu dipupuk...orang putih pun kena kerja keras baru boleh jadi terkenal macam Mc Donald, KFC, ADIDAS , NIKE kerana mereka mengikut "basic requirement in business".

Sebab itulah ramai orang melayu berniaga atas nama direct selling, atas tiket skim cepat kaya...tapi berapa kerat orang melayu yang berjaya dipersada perniagaan.



D. PEMBELI




Tugas pembeli amat mudah, dia ada duit dan dia yang pilih, "PEMBELI ADALAH BOS" dalam dunia perniagaan kerana tanpa pembeli, circulation, akan terhenti.

Jadi setiap hari sebagai pembeli tugas ada hanya "memilih", nak makan roti Gardenia ke roti HIGH 5, nak minum COCA COLA ke Ali Cafe, nak pakai baju ADIDAS ke NIKE, nak naik kereta KANCIL ke HONDA, Nak tengok ASTRO ke TV 3, nak surf guna YAHOO ke GOOGLE....

Moral of the story...the power of TRADE MARK.

Bila kita tahu ianya sangat penting....so tingkatkan pengetahuan kita orang melayu dalam memperbaiki pengetahuan tentang HARTA INTELEK.

Kalau kita berniaga dengan orang luar yang mahu " invest" di negara kita, soalan pertama mereka " How Do I protect my Intellectual Property in your country?". Mereka sangat mementingkan hak Harta Intelek mereka kerana tak mungkin mereka mahu berniaga "for nothing" dan hak mereka terlepas pada orang lain.

fikirlah....



Tiada JENAMA yang terkenal dengan sekelip mata !






Wednesday, January 16, 2008

Pengumuman :

Mulai tahun ini saya akan cuba memberi 'simple case' dalam proses pendaftaran Trade Mark dan pengetahuan berkaitan dengannya. Anda boleh email saya sekiranya anda perlu mengetahui mengenai topik topik yang anda kurang faham. Walau bagaimanapun, saya akan terus mencuba memberi 'guideline" tentang cara cara mencipta Trade Mark yang baik terutama dari sudut permasalahan orang melayu kita.

Saya akan cuba memberi penerangan dalam bahasa yang mudah difahami kerana saya tahu 'bahasa legal' adalah masalah yang agak sukar kita orang melayu nak faham. Selagi saya terdaya , saya akan cuba membantu...insyallah!


Rozarita Mokhtar

PENCIPTA GAME

Baru baru ini saya surf satu website wangcyber.com dan tertarik dengan konsep mereka mengawal pelayar internet memasuki web site mereka. Website ini adalah berkenaan dengan cara mereka berniaga melalui internet.

Melalui konsep yang sama , saya ingin mencadangkan remaja yang sangat berminat bermain game, untuk menjadi bukan saja pakar game tapi juga "pencipta game". Kemudian anda buat satu website seperti wangcyber.com dimana sesiapa saja boleh masuk dan cuba "game" anda , dan after 10 kali masuk misalnya, mereka nak main game lagi mereka perlu jadi ahli dan bayar minimal fee. Dari situ anda kena terus kreatif untuk cipta game game baru supaya anda akan dapat ramai lagi ahli. Bagi mereka 'free try" untuk 10 kali misalnya, seperti yang saya terangkan di atas.

Bayangkan "perniagaan internet" adalah "tiada sempadan". Kalau game anda bagus dan boleh menembus pasaran antarabangsa , sudah pasti anda akan jadi jutawan. Bayangkan kalau 1 ahli kena bayar RM10 untuk 1 tahun, dan anda dapat 1000 ahli , pendapatan sambilan anda sudah RM10,000 untuk 1 tahun. Cuba fikir berapa Billion penduduk dunia, target cuma 100,000 orang, well you dont have to work with other people as you can work on your own using you own creativity, is that interesting? (100,000 x RM10 = ? ). Dan RM10.00 dalam USD , terlalu murah , lebih kurang USD3 . Kalau anda dah makin strong controlling your website, you can increase the member's fee accordingly...anyway its your website , you decide!!

Sebagai remaja, anda tentu tidak keberatan untuk menjadi pakar bermain game tapi dengan cita cita untuk "mencipta" game anda sendiri.

Tetapi , apabila anda lihat keahlian makin ramai , misalnya sudah melebihi 500 orang untuk tahun pertama, anda tiada pilihan tetapi mendaftar nama game anda (sila rujuk artikle saya yang lepas ) didalam kelas 41. Namakan game anda , misalnya JEBAT, TUAH etc.

Dalam artikle seterusnya saya akan beri cara untuk menfailkan permohonan Trade Mark anda.

BINA EMPAYAR ANDA SENDIRI


Saya percaya ramai anak anak muda dewasa ini amat cenderung dengan "web site programming", hosting, dan sebagainya .

Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri sekiranya anda mempunyai kebolehan dalam IT atau multimedia , langkah langkahnya seperti berikut:

1. Anda tidak perlu syarikat, kerana perniagaan boleh dilakukan atas nama perseorangan. Bila anda dah dapat good income baru kita daftarkan nama anda atas nama "perniagaan persendirian" . Kalau dah lagi maju baru kita daftar 'syarikat".

2. Cipta nama yang sesuai kerana selepas ini anda akan gunakan perniagaan anda dengan "nama" ini. Saya cadangkan , guna nama sendiri, kenapa...kalau kita lihat kenapa orang putih bangga sangat nak guna nama " dia " as a product? Contoh, Mc Donald, Kenny Rogers, etc.

So , sebagai rakyat Malaysia saya cadangkan anda guna nama sendiri, misalnya nama anda Mohd Shahrul Nizam . Anda boleh guna Shahrul Nizam, atau Shahrul atau Nizzam. Bila kita dah identify nama yang kita akan gunakan, pastikan kita ubah suaikan "font" nama tersebut supaya ia menjadi unik. Misalnya:

Nizzam

Kemudian kita cari nama yang sesuai yang memberitahu perkhidmatan apa yang diberi , misalnya : Networking

hasilnya:

Nizzam Networking

kalau lebih kreatif "cipta" satu logo dan letakkan berhampiran Trade Mark diatas , misalnya

Nizzam Networking

Mulai sekarang akan bergerak atas nama di atas.

Berikut adalah "list of specification of goods" didalam kelas 42 yang berkaitan dengan "services networking":

"Technical research, Hosting computer sites[web sites], Creating and maintaining web sites for others, Conversion of data or documents from physical to electronic media, Installation of computer software, Computer system design, Data conversion of computer programs and data, Duplication of computer programs, Computer rental, Recovery of computer data, Rental of computer software, Computer software design, Computer software (Updating of -), Maintenance of computer software, Computer systems analysis, Computer programming, Rental and translation of computer programs, Consultancy in the field of computer hardware ; all included in Class 42."


so , selamat mencuba...



KENAPA HAK CIPTA DIMALAYSIA TIDAK DIDAFTAR ?

Kita pasti keliru kenapa tiada Kementerian atau badan kerajaan yang "mendaftar" Hak Cipta?

Ini adalah disebabkan Hak Cipta merangkumi beberapa bidang yang sangat luas dan adalah mustahil untuk sebuah Kementerian atau Badan Kerajaan untuk melakukan sistem pendaftaran tersebut. Kenapa?

Kita ambil satu contoh yang mudah dan selalu berada didalam lingkungan kita iaitu penerbitan BUKU. Terlalu banyak penerbitan buku termasuk novel, buku ilmiah, komik, program computer dan sebagainya. Mungkin beratus ribu atau jutaan buku yang diterbitkan di sesebuah negara.

Oleh kerana itu, "automatic protection" diberi bagi setiap karya buku yang diterbitkan atau apa apa yang berkaitan dengan hak cipta seperti di atas. Misalnya , Fatimah Ali , penulis novel "Epilog" mendapatkan perkhidmatan SYARIKAT ANGSANA PUBLISHER untuk menerbitkan buku beliau, Fatimah Ali "mesti" terlebih dahulu mengambil tindakan bijak seperti berikut:

1. Menyimpan manuskrip buku tersebut dan mengesahkan salinan tersebut di hadapan "Pesuruh Jaya Sumpah. Kemudian , menghantar "original" manuskrip itu melalui "Surat Berdaftar" dan hantarkan ke alamat Fatimah Ali sendiri. Pastikan "Surat Berdaftar" itu TIDAK dibuka "kecuali" apabila di perlukan sebagai "bahan bukti" . Ini adalah kerana "tarikh" yang terdapat pada "penerimaan" surat berdaftar itu adalah bukti "siapakah" yang lebih awal menulis buku tersebut.

2. Kemudian , barulah berjumpa dengan syarikat penerbitan tersebut dimana akan berlaku perbincangan mengenai "royalti" sebagai "penulis" buku tersebut. Fatimah Ali akan menandatangani surat perjanjian dengan syarikat terbabit dan melalui prosedur biasa dalam proses penerbitan buku tersebut.

3. Fatimah Ali tidak perlu risau kerana pihak syarikat penerbitan tidak boleh menipu anda atau menafikan anda sebagai "penulis buku" tersebut kerana beliau mempunyai 'bukti' yang sangat kukuh.


So moral of the story , jika anda penulis buku, penulis komik, jurugambar, penulis lagu, pencipta lagu , pelukis (anda perlu ambil gambar lukisan anda, dan buat seperti No. 1) , programmer atau apa saja berkaitan dengan hak cipta , buat lah simple action seperti No. 1 di atas , sebelum anda bertindak untuk pasarkan atau terbitkan hak cipta anda.

simple action, BIG impact....

PERNIAGAAN INTERNET

Saya percaya ramai generasi muda kini terdedah dengan dunia internet malah menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. "Main game" adalah perkara biasa dalam kehidupan harian anak muda sekarang ini.

Tahukah anda , apabila anda telah "arif" dengan "game" anda, saya pasti anda akan dapat "mencipta" game anda sendiri. Tidakkah terfikir , kita selalu main game tapi yang menciptanya adalah orang putih, orang jepun, orang korea.

Kenapa , tidak kita "orang melayu" yang selalu main "game" terdetik hatinya untuk mencipta "game" anda sendiri dan kemudian anda jual game itu. Melalui harta intelek anda boleh mendapat "protection" tapi kena ikut prosedur dia, iaitu :

1. Jangan sebarkan apa apa maklumat atau program mengenai game anda pada sesiapa. It is "strictly P&C" , kenapa ? kerana kalau ada yang dapat tahu "invention" anda maka anda TIADA bukti yang itu adalah milik ciptaan anda.

2. Pasti kan ada "secret code" dalam program anda, kenapa , supaya , kalau ia terlepas pada orang lain , anda boleh detect melalui secret code ini dan buktikan ia adalah ciptaan anda melalui "secret code" dalam program anda.

3. "NAMAKAN" game anda misalnya banyak dalam market sekarang warcraft etc (actually myself pun tak berapa familiar game name ini) . Misalnya namanya "WARCRAFT" dan saya percaya anda tahu lebih banyak nama game ni...pernahkah tak terfikir kenapa "MEREKA" ada nama pada setiap game " Dari situ kita akan tahu bahawa HARTA INTELEK sangat penting. List of services under Trade Mark protection , seperti berikut :

Kelas 41:

Providing of game centers, Organising of games, Organisation of games, Game Sponsoring and Promoting Services, Game services provided on-line [from a computer network], Computer game room operation, ; all included in Class 41.


Kelas 42 :

Technical research, Hosting computer sites[web sites], Creating and maintaining web sites for others, Conversion of data or documents from physical to electronic media, Installation of computer software, Computer system design, Data conversion of computer programs and data, Duplication of computer programs, Computer rental, Recovery of computer data, Rental of computer software, Computer software design, Computer software (Updating of -), Maintenance of computer software, Computer systems analysis, Computer programming, Rental and translation of computer programs, Consultancy in the field of computer hardware ; all included in Class 42



So untuk generasi muda...main game ...tapi ada satu minda untuk "mencipta" supaya satu hari nanti , anak melayu kita juga "one of them, who creates the game internationally!!"...