Bagaimana memilih jenama?
1. Boleh gunakan nama anda sendiri sekiranya nama anda adalah UNIK. Misalnya,
- IZWAN PILUS (guna nama full, jangan guna nama IZWAN sahaja kerana ramai yang ada nama IZWAN di Malaysia)
- katakanlah anda minat juga nak guna nama IZWAN, jadi kena jadikan wording tu unik misalnya IZZWAN .
-Pada banner gerai burger anda misalnya, bubuh nama IZZWAN dengan besar dan paling "outstanding" dan gunakan ayat yang menceritakan produk anda. Anda juga perlu ada gambar atau logo yang berkaitan produk anda iaitu burger misalnya.
-Kalau anda cuma ada modal meja dan kerusi, cuba dapatkan "Stand banner" , harganya mungkin dalam RM100.00. Anda tempah banner seperti konsep yang diterangkan diatas. Nak buat banner sekarang murah , modal RM100.00 dah boleh dapat.
- Pastikan konsep "warna" dan ianya mestilah terang dan striking to the eyes.
-Tempah T -shirt yang sama warna , atau warna korporat anda dan pastikan jenama IZZWAN ada pada T-shirt atau Apron.
- Tempah kertas yang mempunyai jenama anda untuk packing burger. Mungkin pada kertas tisu pun ada jenama anda.
- JANGAN guna iklan atau paparkan BURGER RAMLY. Anda mungkin dapatkan produk dari RAMLY BURGER tapi jangan pamirkan kerana anda hanya memberi "free advertisement and promotion" untuk jenama RAMLY BURGER. Anda simpan burger RAMLY itu didalam bekas yang tidak kelihatan oleh pembeli. INGAT, RAMLY BURGER adalah pembuat burger, kita iaitu IZZWAN adalah penjual roti BURGER. Kita cuma dapat supply dari RAMLY BURGER tapi kita jual atas nama kita . Sebab itu packing kita kena konsisten dengan jenama IZZWAN.
2. kita minat nak guna nama PAK/MAK.
- Selalunya bila kita buka gerai nasi lemak atau kuih muih, mestilah yang masaknya adalah emak kita, makcik kita atau mungkin bapa kita.
-Katalah nama mak kita terkenal dengan panggilan MAK BEDAH atau PAK TAM. Nama ini adalah biasa kita dengar , tapi bolehkah kita guna sebagai jenama. Jawapannya boleh. Kerana kalau kita cari dalam Telefon Directory tiada nama MAK BEDAH atau PAK TAM kerana nama ini ada nama "panggilan" atau "nama timangan".
Tapi masalah nya ditempat lain ada juga MAK BEDAH yang jual nasik lemak. Bagaimana kita nak komersialkan nama MAK BEDAH? Bagaimana kita nak buat bila orang sebut MAK BEDAH orang akan ingat "nasi lemak mak bedah yang sedap".
Disini kita cuba boleh "kartunkan gambar mak bedah" sebagai logo yang akan digunakan bersama sama jenama MAK BEDAH. Pastikan gambar mak bedah mudah diingat dan menarik, tidak apa kalau kita guna gambar mak bedah yang pakai tudung, pakai lipatan kain batik diatas kepala (seperti zaman dahulu) . Jangan guna topi chef kerana itu tak melambangkan identiti kemelayuan. Nasi lemak adalah kepakaran orang melayu, kepakaran mak mak kita buat nasi lemak , masakan ibu. Pembeli akan "nostalgia" pada masakan ibu. Jadi itu yang kita kena "attract in mind". Jadi jenama yang kita cipta mesti ada sentuhan "keibuan" kerana ibu adalah satu sentuhan yang sangat "powerful".
-kemudian gunakanlah konsep gerai seperti yang diterang berkenaan dengan burger diatas.
3. kita minat guna nama tempat kita tinggal.
-kalau kita tinggal di Taman Melawati, kita minat nak guna perkataan MELAWATI kerana pisang goreng kita dari Taman Melawati. Bolehkan kita guna MELAWATI? Boleh, kerana dengan nama MELAWATI sahaja pembeli tidak tahu anda maksudkan TAMAN MELAWATI . Tapi kalau jenama anda TAMAN MELAWATI , tentulah anda sia sia memilih nama itu kerana berapa ramai yang jual pisang goreng di Taman Melawati? Kalau anda kata, cari penjual pisang goreng atas jenama "TAMAN MELAWATI" tentulah pembeli mulanya ingat anda maksudkan pisang goreng yang di jual di Taman Melawati. Jadi memang susah nak "develop reputation" kalau guna nama tempat.
- Selalunya kalau pilihan jenama anda menggunakan nama tempat, eloklah anda mendapat nasihat agen untuk memberi guideline yang betul bagaimana hendak memilih nama tempat sebagai jenama kerana ianya agak complicated.
