Semua kita tahu bahawa apabila kita ada sifat jujur, ianya akan mendorong pada satu sifat yang murni tidak kiralah samada kita seorang pekerja, seorang majikan, seorang anak , seorang ibu, seorang ayah, seorang kawan, seorang peniaga dsbnya.
Ianya adalah satu sifat yang kita tahu tapi kita ambil mudah.
Ianya satu sifat yang menjadi asas utama untuk membina hidup seseorang. Akan runtuhlah sebuah keluarga tanpa ada sifat jujur. Akan runtuhlah sebuah organisasi apabila tiada semangat jujur. Akan binasalah diri kita kerana tiadanya sifat jujur.
Bentuklah sifat ini dalam setiap keadaan. Didiklah sifat ini setiap masa dalam diri kita . Sebarkanlah semangat jujur pada semua , insyallah ianya akan menjadi gelombang tsunami yang akan menjadikan diri kita lebih baik, keluarga kita lebih bagus, organisasi kita lebih produktif, bangsa kita lebih kreatif kerana semangat jujur akan memberi cahaya dalam diri kita , akan mengubah kita menjadi satu bangsa yang bukan tinggalan nenek moyang kita dengan sifat yang kurang jujur kepada satu bangsa yang jujur , komited untuk terus jujur dalam apa jua keadaan ...
Jenama yang bagus mesti mempunyai "asas" yang bagus dan tiada kompromi untuk terus berada dilandasan itu.
Jenama yang bagus mesti mempunyai "asas" yang bagus dan tiada kompromi untuk terus berada dilandasan itu.
0 comments:
Post a Comment