Sudah menjadi sinonim bagi masyarakat melayu untuk bekerja makan gaji. Ianya mudah, terjamin dan tidak perlu fikir banyak. Kita akan rasa gembira walaupun menjaga tol kerana kita ada pendapatan tetap. Kita akan rasa selesa walaupun hanya menjadi 'guard'. Ianya kerja yang mudah dan tidak perlu bersusah payah, dengan duduk sahaja kita sudah mendapat pendapatan setiap bulan. Itulah budaya sikap orang melayu yang terus diwarisi. Kita lebih rela jadi 'guard' dari menjadi 'petani' tetapi orang cina lebih rela jadi "petani" dari jadi 'guard". Itulah yang membezakan sikap kita dan sikap orang cina. Perkataan "senang" lebih outstanding difikiran kita dari "penat dan berpeluh menanam sayur".
Kalau kita berniaga pula , kita malas hendak bersusah payah untuk berniaga malah sikap "alibaba" adalah budaya sikap yang selalu kita dengar apabila orang melayu berniaga. Apapun yang kita buat biarlah ianya mudah dan tidak banyak menyusahkan kita. Itu yang orang melayu , SUKA.
Kita perlu ubah , apabila kita habis belajar di IPT kita bekerja untuk dapatkan pengalaman dan cubalah untuk berniaga. Ianya adalah sumber kehidupan dan malangnya ianya dimonopoli oleh orang cina. Masyarakat cina melatih anak-anak mereka dengan sikap berniaga sejak kecil. Sudah jadi perkara biasa kalau anak mereka berada di kaunter untuk menerima bayaran kita sambil membuat homework mereka. Mereka belajar , tetapi didalam fikiran mereka ialah kerja dengan majikan hanya untuk cari pengalaman dan tujuan utama mereka ialah mereka akan berniaga sendiri. Ini tidak berlaku dalam masyarakat melayu. Kita takut untuk berniaga dan ditakut-takutkan dengan hidup yang tidak tetap, pendapatan yang tidak tetap.
Sampai bila kita harus takut? Kita mesti sedikit demi sedikit beranikan diri untuk ubah budaya sikap "takut" ini. Kalau dulu semasa kita kecil, di takutkan untuk berbuat sesuatu , supaya dengar dan taat pada perintah ibu bapa walaupun sebenarnya kita tidak mahu ikut perintah mereka. Bukan kerana kita biadap tapi kita kena terima hakikat apabila zaman berubah pemikiran juga mesti berubah . Kalau tidak sampai hari ini , kita hanya guna talipon dan tiadalah Iphone, hand phone siap ada kamera dan walkman sekali. Kenapa? Siapa yang cipta? Adakah orang melayu yang cipta? Perubahan minda bukan menafikan adap dan sopan tetapi minda yang dilepaskan akan menjadikan kita bangsa yang matang, yang berani, yang ada identiti, yang bangga kerana kita orang melayu yang berani untuk "berdiri sendiri". Malangnya, minda kita dilepaskan dengan menjadi penagih dadah. Lihatlah statistik penagih dadah dari kalangan orang melayu, padahal yang edarkan dadah kebanyakan dari bangsa lain. Mungkin kita ini hanya sesuai sebagai 'pengguna' semata-mata walaupun kepada benda yang tidak berfaedah.
Kita tidak perlukan "tongkat' lagi, kita tidak perlu ditatang dengan tender kerajaan untuk berniaga. Kita tidak marah kalau kita berniaga Kerajaan tidak bantu kerana kita ada keyakinan bahawa kalau kita diiktiraf kerana boleh berniaga adalah kerana usaha kita sendiri. Kita cabar kemampuan kita dan apabila kita berjaya barulah kita boleh bimbing peniaga yang lain. Kita dapat ceritakan "formula" bagaimana kejayaan itu boleh dicipta. Barulah kita boleh jadi bangsa yang selalu "berfikir" , bangsa yang "tidak leka", bangsa yang suka "mencipta". Tidaklah kita asyik kena dengar bagaimana "Stephen Hawkins" and "Steven Covey" mencipta kejayaan . Kita perlu dengar definasi kejayaan dari bangsa kita sendiri.
Setiap kita ada tanggungjawab pada diri kita kemudian disalurkan kepada keluarga dan masyarakat disekeliling kita. Kita tidak boleh dimanjakan , kita mesti "menghalau" anak-anak kita supaya berani berada dikepompong bangsa lain, berani berkomunikasi dengan mereka , berani untuk rajin seperti mereka. Kalau kita masih bergaul dikalangan orang melayu kita, sampai bila pun generasi baru ini hanya akan berani belajar di Universiti orang melayu, bekerja di tempat orang melayu, bersikap seperti 'orang melayu'. Bukanlah saya tidak percaya kebolehan orang melayu tetapi kita mesti celikkan mata, terima hakikat, sudah tiada masa untuk kata berlapik. Kita kena 'wake up", masa kita makin singkat, dunia semakin tidak stabil, dan kita perlu bekalkan diri dengan sikap yang dinamik, agresif supaya kita tidak hilang dibawa arus....
Kerana terlalu sayangkan bangsa , sayangkan orang melayu , marilah kita sama-sama berubah.....
Melayu Baru.
Saya terpikat dengan kata-kata adik saya, "typical successful malay only like bmw and mercedes". So generasi baru jangan lagi berfikir seperti kami generasi melayu lama, think different .

0 comments:
Post a Comment