Jenama selalunya dianggap perkara paling mudah atau perkara paling akhir untuk difikirkan oleh masyarakat kita apabila berniaga. Jenama yang diambil dari sikap "tangkap muat" sudah menjadi perkara biasa. Jarang sekali usaha atau "research" yang "fokus" dibuat dengan bersungguh- sungguh apabila bercerita tentang sejarah penciptaan JENAMA sesebuah syarikat di Malaysia. Mereka lebih fokus pada sikap " nak berniaga apa" , "kat mana nak buka kedai", 'bagaimana nak dapatkan pinjaman", "ada tak support dari kerajaan" dan sebagainya. Perkara tersebut lebih penting apabila mereka mahu buka perniagaan. Sebab itu Jenama diambil dalam keadaan terdesak kerana kedai dah buka, barang dah ada, Jenama akan dipilih pada yang mana teringat atau yang kita suka.
Kita selalu terlepas pandang bahawa Jenama adalah "HARTA" yang boleh dijual dan dibeli dan mempunyai "nilai" yang akan terus meningkat sekiranya dibentuk , diolah , mempunyai konsep dan imej selain kualiti yang ingin diterapkan dan diletakkan di atas sebuah JENAMA. Jenama itu menceritakan segalanya tentang pemiliknya, syarikatnya, pekerjanya, produknya, kualitinya , auranya , imejnya, rasanya dan sebagainya.
Tidak akan sampai matlamat Jenama , kalau kita mempunyai kualiti produk yang sangat bagus , networking yang global , kalau Jenama kita diberi nama "SUPER CAFE" !
Jenama itu sebenarnya kayu ukur kebijaksanaan pemiliknya.
Fikirlah.

0 comments:
Post a Comment