Semua orang tahu makna "kreatif". Tetapi kita jarang mahu menerapkan nilai kreatif, budaya kreatif apatah lagi pemikiran kreatif dalam hidup kita. Pemikiran kreatif sangat penting dalam hidup kita. Sesuatu bangsa itu akan maju apabila keseluruhan masyarakatnya mempunyai sikap yang kreatif bukan sahaja waktu bersekolah malah meneruskan pemikiran kreatif itu dalam apa juga keadaan sepanjang hidup mereka. Samada dirumah , bersama keluarga, bersama kawan, apatah lagi apabila bekerja.
Budaya pemikiran kreatif ini mesti dilatih, dibentuk dan dijadikan cara berfikir kita dalam setiap keadaan. Apabila ada nilai kreatif dalam diri , akan mudahlah minda akan dibentuk dan tertarik kepada penciptaan demi penciptaan. Sikap kreatif inilah juga yang akan mengubah kemunduran minda kepada satu sikap yang unik dan produktif. Hasilnya kita akan lihat begitu banyak Jenama kita sudah menampakkan perubahan dalam pemilihan Nama dan di olah dalam bentuk yang menarik masa kini. Cuma kita perlu ada garis panduan asas, iaitu Jenama mestilah bukan terdiri dari perkara-perkara seperti dibawah :
1. Nama Geografi - nama Tempat, daerah, Negeri, Negara kerana Nama Geografi adalah Hak awam. Kalau kita daftarkan sebagai Jenama , ianya akan menyusahkan, kerana orang awam hendak guna Nama geografi tersebut telah diberi HAK sebagai Jenama . Apabila anda ada hak kepada Jenama Geografi itu maka anda boleh ambil tindakan mahkamah, jadi tentulah tidak adil. Sebab itu kita tidak boleh namakan Nama geografi sebagai Jenama. Contoh : Jenama Kopi Terengganu.
2. Nama Orang - maksudnya nama yang popular dan biasa digunakan oleh masyarakat setempat, khususnya Malaysia. Kita tidak boleh guna nama MUHAMAD, ABDULLAH, AMINAH, AHMAD, FATIMAH , WONG, SAMY, CHOO, TAN dan sebagainya. Kalau kita diberi hak atas nama tersebut sebagai Jenama , tentulah begitu ramai orang lain tidak dapat guna nama mereka sewenangnya kerana anda boleh ambil tindakan mahkamah. Tentulah ini tidak adil. Tetapi kalau nama anda UNIK , dan cuma 10-25 orang sahaja yang guna nama tersebut apabila merujuk didalam Telephone directory, ianya boleh diterima kerana ianya akan dianggap sebagai nama yang tidak popular digunakan di Malaysia.
3. Maksud Produk/Perkhidmatan - bermakna kita tidak boleh guna perkataan yang boleh membawa maksud produk atau perkhidmatan yang kita beri , misalnya MEE SEDAP, kita jual mee dan kita beri pula nama Sedap, ianya adalah nama yang menceritakan 'rasa" mee anda dan memberitahu anda jual "mee". Jadi perkataan "MEE SEDAP" bukanlah Jenama. Atau anda buka Restoran dengan nama "DUNGUN CAFE". Tentulah tidak boleh kerana "DUNGUN" adalah nama Geografi dan "CAFE" adalah perkhidmatan kedai minuman yang anda jalankan. Jadi ianya bukan Jenama.
Atau anda buka kedai dobi dengan nama "SUPERKLEEN DOBI" , juga bukan Jenama kerana " SUPERKLEEN" adalah mispelling of words untuk "super clean" yang menceritakan kehebatan perkhidmatan "DOBI" anda. Semua pekedai Dobi mahu menggunakan perkataan 'super clean " malah 'dobi" untuk catalogue atau iklan mereka. Tentulah hak eksklusif perkataan itu , tidak adil diberi untuk anda seorang sebagai JENAMA kerana perkataan itu adalah perkataan perkataan yang biasa digunakan oleh semua peniaga apabila mereka berniaga yang mungkin mereka mahu gunakan pada katalog atau brochures mereka.
Majoriti Jenama yang dicipta oleh masyarakat Malaysia adalah terdorong kepada "Maksud Produk/Perkhidmatan" dan agak sukar untuk mengalih minda mereka untuk memilih atau mencipta Jenama yang tidak terarah kepada "Maksud" diatas. Mereka takut kalau tidak guna perkataan seperti contoh di atas , pembeli tidak tahu produk atau perkhidmatan mereka, takut tidak tahu perkhidmatan mereka yang BEST, SUPER, dan sebagainya.
Cuba fikir sejenak bagaimana "mereka" mencipta perkataan ADIDAS , KODAK menjadi Jenama yang begitu kreatif dan unik sehingga ke abad ini. ADIDAS , KODAK , bukanlah di cipta dari "Nama Orang" , "Nama Geografi" atau "Maksud Produk" !
ADIDAS dicipta seawal tahun 1924 dan KODAK pula pada tahun 1888 !
Kenapa dan bagaimana , mereka boleh se kreatif itu seawal dulu.....
Fikirlah.

3 comments:
Sekarang ni di Malaysia, memang ramai menggunakan nama-nama yang RKC sebutkan tu sebagai jenama...
contohnya mee sedap, Ali corner dan sebagainya..
Itulah kesilapan paling besar bila berniaga apabila kita bergerak dengan Jenama yang salah...bagaimana cara kita dapat tolong mereka?
Mungkin RKC boleh mengadakan seminar dan menjemput mereka-mereka ini menyertainya...
Post a Comment