Saya percaya golongan wanita adalah sumber ekonomi yang penting untuk negara . Kadang-kadang kita selalu menganggap menjadi suri rumah tangga adalah satu pekerjaan yang tidak menarik dan glamor. Pada saya , jika anda terpaksa memilih untuk menjadi suri rumah tangga kerana masalah menguruskan anak-anak padahal anda ada kelayakan akademik, anda bijak "marketing", anda "administrator" yang bagus, anda pintar "memasak", anda berbakat "menjahit' , mengapa perlu bersusah payah untuk korbankan anak-anak dan rumahtangga hanya sekadar mendapat pendapatan RM2,000 ? Bagi mereka yang bekerja di Syarikat swasta pastinya untuk mendapat gaji yang tinggi sangat sukar apatah lagi dengan ekonomi Negara yang secara tidak langsung memberi kesan di tempat anda bekerja.
Sebaik-baik pekerjaan adalah bekerja sendiri. Pekerjaan dirumah adalah lebih mencabar kalau anda mahu menguruskan rumah ibarat sebuah Hotel lima bintang, menguruskan anak-anak ibarat seorang pakar pendidikan, anda juga boleh menjana ekonomi keluarga dengan kepakaran anda. Adalah lebih baik anda memasak dirumah dan buat secara professional dengan mengembangkan "networking" anda dengan penggunaan internet. Bina website dan buat blog supaya anda boleh berinteraksi secara terus dengan pelanggan anda. Bukankah "home made cookies" lebih ekslusif dari hanya membeli biskut yang dibuat di kilang. Tapi pastikan rasa cookies dan khidmat anda "diingat " sampai bila. Jadi KUALITI sangat penting bila anda mahu "berniaga".
Saya percaya ramai suri rumahtangga di luar sana yang rajin berblog, yang tidak tahu "nak bisnes" apa? Cari kepakaran apa yang ada pada anda, belajar dan terus perbaiki kemahiran anda. Uruskan ia hanya dirumah tetapi dengan disiplin yang sangat tinggi. Saya mula bekerja seawal 6 pagi dan selewat pukul 12 malam ,masih "monitor" kerja saya. Sikap itu tidak berlaku apabila kita hanya makan gaji kerana kita tahu cukup bulan dapat gaji. Kita dibayar bekerja dari pukul 9 pagi - 5 petang. Kita pergi kerja setiap hari dan amatlah malang kalau kita tidak 'seronok" dengan kerja kita.
Tetapi apabila kita bekerja sendiri, kita tidak ada jadual masuk kerja , kita bekerja hampir 24 jam malah tidak cukup tapi kita "gembira' dengan kerja kita.
Pilihlah !
Cuba lihat website Ita'Delight Cookies , cubalah jadi seperti mereka yang percaya sebaik-baik pekerjaan ialah "berniaga". Dunia global tidak menyekat dan tidak mustahil "cookies" anda mendapat tempahan sehingga ke luar negara !
Fikirlah.
1 comments:
inilah yang sedang saya usahakan sebab dah tak ada minat untuk bekerja di pejabat. Bekerja di rumah lebih menyeronokkan dan lebih menguntungkan! Anak dapat di jaga, expenses dapat di kurangkan dan yg paling penting tak stress.
insyallah sedang saya usahakan untuk mencapai cita-cita ni
Post a Comment