Saya meminati lukisan. Sewaktu saya berada di Armsterdam dan melawati Rijkmuseum , saya terpukau dengan ketelitian lukisan-lukisan yang begitu besar saiznya iaitu meliputi hampir seluas dinding-dinding museum . Ianya seperti benar dan bukan Lukisan ! Kita akan kagum melihat betapa telitinya dan sempurnanya bakat-bakat Pelukis mereka. Harga untuk memiliki Lukisan-lukisan ini juga sangatlah mahal bersesuaian dengan "kekaguman" kita apabila melihat "sempurnanya" penilaian mereka untuk melukis .
Kami agak beruntung kerana koleksi gambar-gambar lukisan dari Pelukis tersohor di Malaysia dibukukan oleh Bank Negara dan kami tidak pernah ketinggalan untuk memiliki setiap keluaran ,untuk mempastikan kami dapat mengikuti karya karya agung orang Malaysia. Untuk memiliki setiap Lukisan adalah tidak mungkin kerana Lukisan adalah "minat yang sangat ekslusif". Selalunya organisasi yang established sahaja yang mampu memiliki karya-karya seni kerana pembelian Lukisan-lukisan adalah "pelaburan" yang ekslusif.
Adakah Lukisan juga perlu Jenama?
Seorang Pelukis yang bijak selalunya akan bergerak atas namanya sendiri dan Lukisan mereka selalunya mempunyai tajuk , misalnya , MONALISA. Kalau anda seorang Pelukis dan masih mencari arah bagaimana untuk mengenengahkan karya-karya anda, cubalah ambil gambar bagi setiap lukisan anda dan letakkan pada blog atau website. Jadi tidaklah perlu anda berada di Exhibition atau Art GAllery sentiasa , kerana , peminat seni tidak selalunya akan pergi ke Exhibition walaupun mereka meminati Lukisan. Tetapi sesekali apabila melayari internet , mereka akan mempunyai pilihan untuk membeli sekiranya anda memudahkan Lukisan-lukisan anda dicapai atau dilihat oleh mereka.
Saya tertarik dengan blog saudara Hariri Yusof yang mempunyai koleksi Lukisan yang ada "Malaysian value" yang konsisten dan sangat mengkagumkan. Ketelitian beliau melukis buah Kelapa misalnya sangat "perfect"! Ianya bertambah mudah kerana beliau meletakkan harga bagi setiap Lukisan beliau , dimana ianya memudahkan peminat Lukisan membuat pilihan untuk membeli Lukisan didalam kemampuan budget mereka. Malah anda mungkin boleh jadi "supplier" untuk lukisan-lukisan beliau.
* Perlindungan Karya dari Pelukis ialah seumur hayatnya di tambah 50 tahun selepas kematiannya dibawah Akta Hakcipta 1987.

1 comments:
Lukisan beliau mempunyai taste yang sangat tinggi...kita harus memilikinya
Post a Comment