Seorang Peniaga A membuka Restoran BZ Curry House di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal kerana Pemilik Restoran ini selalu menaja tempat di Restoran ini untuk mempromosikan barang-barang disamping menjadi tempat yang biasa dikalangan "student", orang muda dan juga golongan pertengahan.
Seorang Peniaga B, kebetulan minum kopi di Restoran BZ Curry House di Kuala Lumupur kerana menziarah kawannya yang tinggal berdekatan. Beliau mendapat idea untuk menggunakan Nama Restoran yang sama kerana "mungkin" restorannya akan maju seperti yang dia lihat di Kuala Lumpur.
Maka , pulanglah Peniaga B ke tempat asalnya di Kuala Terengganu dan menukar Signboard lamanya dan gunakan dengan nama baru , iaitu RESTORAN BZ.
Ali yang tinggal di Kuala Lumpur, selalunya akan berkunjung di Restoran BZ Curry House untuk berjumpa kawan-kawannya bila hari cuti. Satu hari , Ali pergi ke Kuala Terengganu kerana membawa keluarganya bercuti. Dia ternampak RESTORAN BZ dan terus minum disitu dengan anggapan bahawa , "Oh , BZ Curry House ada cawangan kat Kuala Terengganu!"
Apa kesilapan Restoran BZ Curry House ?
Apa kesilapan Restoran BZ ?
Adakah Restoran BZ bersalah ?
1 comments:
RASANYA DUA2 X BERSALAH..
Post a Comment