Melalui pengalaman saya, semakin ramai peniaga Malaysia sudah mula mengibarkan sayap perniagaan mereka bukan sahaja di Malaysia , malah di luar negara. Selalunya saya menggalakkan mereka untuk mendapatkan "protection" melalui pendaftaran Jenama mereka di negara-negara yang mempunyai pasaran yang besar.
China misalnya mempunyai 1.3 billion penduduk dimana ianya adalah 20% penduduk dunia iaitu 6.7 billion. Kalau anda cuma mendapat untung RM1 untuk satu produk dan anda cuma jual 1 Juta yang merupakan hanya beberapa peratus dari pasaran 1.3 billion, tentulah perniagaan anada akan lumayan.
Oleh itu mendapat pendaftaran di China tidaklah sukar kalau kita memilih Jenama yang baik sepertimana di negara-negara lain. Sebab itu memilih Jenama, tidak akan rugi kalau kita benar-benar memahami "guideline" dan "teknik" untuk memilih perkataan yang bagus sebelum dipilih sebagai Jenama.
Seorang klien saya telah memulakan perniagaan "bolts and nuts" hampir berbelas tahun yang lalu dan tidak pernah mendaftarkannya. Sehinggalah beliau bercadang menfailkan permohonan di Malaysia kemudian di UK , US and Australia. Beliau beruntung kerana memilih Jenama yang baik dan kami tidak mendapat sebarang bantahan dari Pendaftar. Ianya semakin mudah untuk mendapat "protection" di hampir kesemua negara-negara di Eropah tanpa di bantah. Tetapi apabila kami mahu mendaftar di Korea, masalah timbul kerana jenama beliau telah didaftarkan oleh orang lain dan kes kami gagal di Korea. Masalah juga timbul di China kerana selalunya "distributors" mereka telah daftarkan atas nama syarikat mereka . Apabila kita hendak masuk dipasaran sana, ianya tersekat kerana kita tidak mendapat hak tersebut kerana orang lain telah memilikinya walaupun sebenarnya produk itu datang dari Jenama kita di Malaysia.
Selalunya , bila syarikat sudah berkembang , kita rasa terkilan tidak dapat masuk pasaran China yang sangat besar tetapi Hak Trade Mark menghalang kita. Jadi pastikan kita mempunyai strategi yang bagus terutama apabila kita kehilangan "big market" iaitu 1.3 billion !
0 comments:
Post a Comment