Kesempatan saya melakukan ibadat haji baru baru ini memperluaskan pengalaman saya tentang Jenama tiruan yang begitu banyak berlaku di Mekah. Apabila kita disana , kita tidak tahu Jenama mana yang betul dan Jenama mana yang tidak kerana kita jarang beli Inai, Minyak Atar dan Sejadah, misalnya , apabila berada di Malaysia. Oleh itu kebanyakan pengguna akan tertarik untuk membeli apatah lagi pada harga yang murah.
Hasilnya minyak atar yang dibeli hampir kesemuanya adalah tiruan. Saya membuat sedikit "research" dan saya dapati mereka meniru dengan berbagai cara. Kotak yang digunakan hampir sama , malah adakalanya botol minyak atar itupun mempunyai label dan warna yang hampir serupa dengan yang original. Berikut adalah cara untuk pastikan Minyak Atar yang dibeli tidak tersilap :
1. Pastikan di bawah kotak minyak atar tersebut ada nama pengeluar , misalnya Abdul Rahman Qurban Perfume Factory. Kalau tiada nama pengeluar, bermakna ianya adalah barang tiruan. Kadang-kadang mereka membubuh sticker original seperti label sirim tetapi jangan terpedaya kerana , itupun adakalanya ditiru. Untuk pastikan , mesti periksa nama pengeluar ditulis di bawah kotak. Sticker original pun boleh ditiru. Seorang peniru tidak akan beri maklumat perniagaan mereka jadi pastinya mereka tidak akan membubuh nama syarikat mereka di bawah kotak tersebut.
2. Pastikan juga botol yang didalam kotak bukan menggunakan label yang tidak melekat dengan betul . Periksa samada pada label di botol tersebut mempunyai nama pengeluar seperti di belakang kotak. Kalau tiada nama pengeluar pada botol bermakna ianya adalah tiruan.
Sahabat saya membeli 4 kali minyak atar ditempat berlainan dan 3 kali semuanya tiruan dengan 3 cara berbeza. Cuma sekali , beliau mendapat yang original.
Di Mekah barangan sejadah dan karpet agak popular. Kalau kita cari yang terbaik , mereka akan tunjukkan Karpet yang dibuat dari Belgium. Kita tidak tahu malah tidak sangka yang karpet / sejadah pun ada barang tiruan dan kita tidak tahu nama Jenama yang bagus kerana kita jarang beli karpet di Malaysia. Apabila saya memberitahu penjual karpet yang saya telah beli sejadah corak Rhaudah yang bagus dan menunjukkan padanya, penjual itu memeriksa belakang sejadah dan memberitahu saya , sejadah saya itu , sejadah tiruan. Beliau lalu menunjukkan pada saya Sejadah yang original mempunyai Jenama ZRABI tanpa 2 pedang diatasnya dan tanpa perkataan W M.M. Kalau berkesempatan saya akan letakkan gambar kedua-duanya , yang original dan tiruan untuk melihat bagaimana Jenama merupakan taruhan yang bukan isu remeh. Mujur saya tidak membeli Karpet yang tiruan kerana berkesempatan untuk memeriksa dengan bertanya tentang Sejadah saya. Kalau tidak bayangkan betapa terkilannya saya kalau beli Karpet yang tidak original kerana harganya bukan kecil.
Pembeli selalu tersilap dengan packaging atau label dan warna sehingga selalunya tersasar membeli barangan yang bukan orginal. Adakalanya barangan tiruan lebih mahal harganya dari yang orginal , jadi kesedaran tentang pentingnya Jenama bukanlah isu kecil apatah lagi kalau anda sendiri adalah pengeluarnya !
Di Mekah , dikunjungi oleh 3 juta jemaah untuk melakukan haji dan setiap mereka membeli begitu banyak barang untuk dijadikan sedekah dan hadiah apabila pulang ke negara mereka. Bayangkan , bagaimana pulangan yang sangat lumayan bagi pemilik barang tiruan ! Mereka tidak perlu membina Jenama tetapi meraih keuntungan yang sepatutnya dimiliki oleh pemilik sebenar Jenama. Sebab itu , kita sebagai pengguna mesti mempunyai "guideline " seperti yang saya terangkan di atas supaya kita tidak tertipu.
Saya masih ingat wajah hampa sahabat saya setiap kali apabila dia menyuruh saya memeriksa samada minyak atar yang dibeli adalah original atau tidak dan kasihan melihat wajah hampanya apabila tertipu walaupun membelinya dibeberapa tempat yang berlainan.
Malah saya juga tertipu membeli sejadah yang tiruan !