Dunia yang serba moden, pantas dan mencabar , kadang-kadang membuat kita tersasar dengan tujuan sebenar kehidupan itu sendiri. Definasi hidup bukan semata-mata untuk dunia yang cemerlang dan sempurna sehingga semuanya diukur dengan berapa banyak keuntungan, berapa besar kuasa , harta dan kekayaan yang dapat dikumpul. Padahal makin banyak yang kita dapat makin sedikit yang tersisa didalam diri kita.
Saya percaya , walau apa pun yang kita buat untuk mencari nafkah, samada sebagai guru, sebagai peniaga, sebagai pekerja, sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai ibu bapa, usahlah tersasar "hidup kita kerana ALLAH". Kalaupun banyak mana keuntungan yang mahu kita kumpul , usahlah lupa atau terlupa kita datang kedunia ini adalah untuk mencari sebanyak mungkin "bekal" untuk kehidupan yang kekal di akhirat nanti.
Pekerjaan saya adalah terarah kepada mereka yng berniaga. Marilah kita berniaga berpaksikan apa yang diajar dengan sifat sifat yang mulia dan dijauhkan dari sifat tamak dan haloba. Marilah kita sama-sama berganding bahu , membantu antara sama lain, tanpa sedikit hasad, tiada juga dengki, selain bersyukur berada dibumi bertuah ini, kita masih diberi peluang untuk mencari nafkah, biarlah ia halal, biarlah ia di berkatiNYA.
Insya Allah.
Jenama yang baik bermula dari sikap yang baik ! Ianya bermula dari diri kita sendiri....
0 comments:
Post a Comment