Saya telah berkecimpung dalam bidang Harta Intelek sejak dari pertama kali bekerja dengan Pejabat Pendaftar Cap Dagang (sekarang Myipo) pada tahun 1986 dan kemudiannya bekerja dibeberapa buah syarikat guaman di Kuala Lumpur sehinggalah saya sendiri bertindak sebagai Trade Mark agent sejak tahun 1996.
Pengalaman saya dengan berbagai Trade Mark agent dari luar negara agak luas dan hampir meliputi kesemua negara di dunia. Selalunya saya tidak pernah risau kerana Trade Mark Agent selalunya adalah dari syarikat guaman dan sebagai profesional, tentulah tiada masalah penipuan.
Saya pernah terdengar "rumours" dengan masalah berhadapan dengan Trade Mark agent dari negara arab. Sukar berkomunikasi dengan mereka kerana dalam banyak keadaan mereka tidak informatif berbanding dengan Trade Mark agent dari negara lain. Silap haribulan mereka "missing in action" dan lebih sukar kalau kita tidak mempunyai pengalaman dan selok belok tentang pengetahuan berkenaan pendaftaran Harta Intelek dinegara mereka . Anda akan mudah terpedaya.
Saya pernah terdengar "rumours" dengan masalah berhadapan dengan Trade Mark agent dari negara arab. Sukar berkomunikasi dengan mereka kerana dalam banyak keadaan mereka tidak informatif berbanding dengan Trade Mark agent dari negara lain. Silap haribulan mereka "missing in action" dan lebih sukar kalau kita tidak mempunyai pengalaman dan selok belok tentang pengetahuan berkenaan pendaftaran Harta Intelek dinegara mereka . Anda akan mudah terpedaya.
Baru-baru ini saya "hampir" terpedaya dengan aktiviti mereka yang bertindak sebagai Trade Mark agent dinegara mereka (negara arab). Mujurlah pengetahuan saya agak luas menyebabkan saya tidak terperangkap yang akhirnya akan mengakibatkan klien yang kita wakili di Malaysia akan turut terpedaya dan bertindak membayar perkhidmatan yang tidak pernah ujud sebenarnya. Mereka ambil maklumat permohonan kita dari Trade Mark agent kita yang lain dan 'claim" itu adalah "perkhidmatan yang tidak dibayar oleh Trade Mark agent kita". Agak rumit untuk diterangkan kerana mereka memang sangat licik. Mereka bubuh nama syarikat mereka di beberapa tempat di internet tetapi bila kita "hit" nama sebenar Trade Mark agent itu, ianya tidak ujud malah tiada aktiviti yang berkaitan dengan Trade Mark langsung.
Saya berharap maklumat dan nasihat saya kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berhubung terus dengan Trade Mark Agent dinegara-negara arab supaya berhati-hati. Saya sebagai seorang Trade Mark agent pun boleh terpedaya , inikan pula kalau kita tidak mahir tentang selok belok pendaftaran di negara arab. Sudahlah kita tidak pandai baca bahasa arab, mudahlah mereka memperdaya kita!
Antara tips yang perlu diambil kira kalau anda "deal" terus dengan Trade Mark agent dari negara Arab :
1. Pastikan nama individu yang berhubung dengan anda mempunyai banyak list namanya di internet yang berkaitan dengan harta intelek.
2. Pastikan syarikat itu ada website. Kalau tiada kena "extra" hati-hati.
3. Ada website pun kadang-kadang tidak boleh dipercayai sebab itu kena "hit" nama individu tersebut di internet. Buat research dulu sehingga kita yakin mereka memang benar-benar ada dalam industri harta intelek.
Ianya lebih mudah kalau mereka boleh tunjukkan lesen mereka seperti contoh dibawah :
0 comments:
Post a Comment